Monday, June 29, 2009
Percayalah, cinta itu ada.
anak itu tidak tahu bagaimana untuk bangkit dan ketawa
kerana apa yang dilihatnya lucu, tidak pula di mata mereka
dia percaya pada kisah pari-pari dan kayangan
dia sanggup percaya setiap perkara itu adanya kemungkinan
maka, mana mungkin ada yang mau mengerti?
hatinya terlalu murni, pastilah ramai yang akan benci
dia dihina kerana percaya akan sesuatu yang bernama cinta
dia diolok-olok, dia dibobrok-bobrok, dia dimain-main kerana cinta
lalu bintang jatuh
pergikan padanya dengan halus dan hati-hati
kisahkan ceritaku ini agar dia mengerti
yang sebenarnya bukan dia yang pelik dan songsang
cuma dunia yang bodoh kerana sudah berhenti memandang
bintang jatuh, perlahanlah...
jangan sampai kau mencecah
bintang jatuh, kisahkanlah...
ke matanya yang membasah
Note: Kisah yang sinonim dengan masa lampau seorang anak kecil, yang sering mengharapkan kehidupannya normal seperti anak-anak kecil yang lain. Dia selalu mendongak ke langit dan beromongan sendirian. Mengadu pada bintang dan malam. Ma, kita dah berjaya melaluinya! Syukur... ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
"anak itu tidak tahu bagaimana untuk bangkit dan ketawa
kerana apa yang dilihatnya lucu, tidak pula di mata mereka"
- aku rasa ada kesalahan ejaan kat sini...cara ko eja 'lucu' tu tak betol....heheheh
mesin.masa
eh, lew-chiu tu spelling spesial utk ke-lew-chiu-an ko n kak moll jer...
so, considered as taded error di situ yer.. ehem.. ehem.. :)
Post a Comment