Friday, June 12, 2009

Flashback: Episode 1


*Permainan.Dunia.Lalai*


Tengah hari tadi gi tapau lunch kat Qaseh 13. On the way balik ofis, diorang singgah sect 2. Nak beli air kelapa katanya. Baikklahh.

Jadi, of course la lalu depan jalan 'kenangan' tu. Mula2 nampak tapak gerai2 yang dolu2 tu dah kena roboh. Fuihh, berdebar kejap. Kat situ la tempat paling selalu lepak2 chill masa zaman student dan zaman hangat berchenta (cehh!).

Hati yang warna hitam pun kata, baguss gak dah roboh. Senang sikit nak lupa kenangan2 separa bodoh tu. Tapi, hati yang putih pulak mencelah, boleh ke lupa? Heh.

Tak sampai 5 saat, Kak Ja tanya. "Tak teringat umah lama ke, dill? Kenangan tu!"

Cess. Ada isu di situ. Dengan slow dan penuh gaya cover line, mulut pun jawap ala2 terpaksa. "Tu la pasal. Kenangan sehhh..."

Mata pejam jap. Dalam hati, umah yang mana satu? Ada dua, okey. Satu, depan sekolah menengah tu. Dekat dengan 7 eleven. Sekarang kat situ dah ada KFC drive thru dua tingkat lagi. Gila hebatt. Tak hengat, kan?

Satu lagi kat Jalan Kemunting. Tapi, dua2 memang banyak simpan kenangan. Ya, kenangan dengan orang tu la. Orang yang, hmm, tinggalkan kenangan yang bersepah2 kat bandaraya anggerik nih.

Separa khayal kejap bila kereta menghampiri sekolah menengah bercat kuning cair tu. Hati meronta2 nak luahkan. Tapi, mana boleh beb. Tu rahsia sampai mati.

Teringat kata2 pujangga sorang kawan kat ofis, "Biarlah orang buat kita. Jangan kita buat orang."

Hati bersungguh2 pulak, ahh, tanak ingat lah! Segera, terus jer tune balik hati yang tadi hampir2 nak pecah.

Senyum. ALLAH kan selalu ada! :)





Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan menghadap ALLAH; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; “Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!” Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu.

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan. Dan, demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?


QS. Al-An'am 6:31&32

2 comments:

Unknown said...

erm kekadang kenangan tuh susah nak dilupakan tapi tak salah untuk diingatkan sebagai satu sejarah dalam hidup kiter...but wutever it is..u have to be strong dill..~~cheers...

♥ SuGuS ♥ said...

thanx eks.. yep, we hv to be strong no matter what.. :)