Sunday, January 03, 2010

Blast it off!

It's 2010. Yeah, gonna blast it off, bebeh.

And, am ready to meet someone new, too. *wink* (Insya-ALLAH)


Dear 362 days, wanna hug ya closer to the heart!



PS: A blessed year ahead, peeps! XOXO! :D

Kak Ja + Dill + Nazia + Epit + Joe + Nasa + Jawa= US @ i-City, Shah Alam!

Thursday, December 10, 2009

Imun

Semalam, cermin kereta terkena batu kecil yang mungkin terpelanting daripada lori nearby. Crack bout 6 inci kot. Sedih sehh. Saya biarkan jer hati nih pedih. Kena terima hakikat, kadang2 kita tak mahu sesuatu tu terjadi. Tapi, mungkin dah sememangnya saya yang terpilih untuk terima ujian tu. So, redha. Saya mahu tenang2 jer sebab saya yakin itu adalah tanda DIA sayangkan saya.

Hari ni, crack tu dah semakin panjang. Dah 10 inci. So, saya decide untuk repair. Now, alhamdulillah ok kot. Harap2. *smile*

And, hari ni birthday 'orang' tu. Saya decide untuk text dia and wish. Alhamdulillah, did it. Tapi bila fikir balik, kenapalah saya ni baik sangat ek? Walaupun saya tak mungkin dilayan sebaik itu? Perlu ke saya buat camtu? Takpelah, at least saya tahu dia mesti senyum bila dapat text saya tu. Saya tahu. Yep, walaupun saya tak mungkin dilayan macam tu jugak.

Bila dia reply dan ucap terima kasih, saya tahu saya lebih happy. Sampai mata masuk habuk. Tapi, dia tak perlu tahu saya happy. Lebih2 lagi kalau saya tak happy, lagilah saya tak mahu dia tahu. Dan saya tahu, dia pun tak mahu ambil tahu. Nama saya pun mungkin dah out of record. Faded. Takpe, redha.

Entahlah. Kadang2 saya rasa saya selalu pentingkan perasaan orang lain berbanding perasaan sendiri. Saya fikir, apa yang saya suka, bila saya buat kat orang lain maka orang lain pun akan suka jugak. Umpamanya, saya suka senyum kat sesiapa jer. Sebab saya pun suka kalau orang lain senyum kat saya.

Hmm, kenapa saya emosi nih? Come on, Dilla... chill! Hehe. Okies, the craps end here. Cut. Cut. Cut.

Lagipun, saya bukan tak biasa berdepan dengan dugaan. Banyak dah, dari kecik sampai sekarang. Saya lebih suka beralah dengan keadaan. Sebab saya rasa, kalau banyak dugaan yang saya terima, jauh lebih banyak lagi rezeki yang indah2 DIA dah bagi berbanding ujian yang sikit tu.

Jadi, saya sudah imun.



NOTE: Esok public holiday. Saya nak pergi MATRADE ~ recharge 165. Yeay.

Sunday, December 06, 2009

Flashback: Episode 3


Dearest cousin tagged gambar nih kat FB. Gambar snap2 kat kampung. Mana la diorang cilok menda nih. Hmm, those were the days. Haha. Comel.

Tapi... giler gelap sehh. Okies la tu kan, tanned ala2 Tyra Banks, mungkin. (Ahaks, ayat motivasi diri!)

Sekali lagi, haha.


Fahmi si kembar tiga, Kakngah si pinky, Kaklong si genius, Farid si kerinting gebu, Faezah si red riding hood, Naemah si gaun ropol2.

Wednesday, December 02, 2009

True Happiness


Mungkin bagi orang lain benda nih biasa2 jer. Atau, mungkin dah selalu dengar, common sgt. But for me, i found it wonderful. Yet, meaningful. Here it goes...

"Tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata2, mungkin hanya dengan senyuman ataupun dengan doa. BERILAH kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula."

Lunch tadi terbaca sumthing kat cover Solusi Vol.14 ~ HIDUP UNTUK MEMBERI. Saya senyum jer sebab teringat pada pengisian yang saya dapat masa attend training ESQ 165 Mei lepas. Actually magazine tu Kak Warda punya, saya belum beli lagi. Heh. :)

'Memberi' on surface nampak macam merugikan. Sebab kita bagi sumthing kat orang lain. Tapi, sebenarnya tak macam tu. Bila kita 'memberi', sebenarnya kita jugak 'menerima'. Cuma mungkin ramai antara kita yang tak perasan. Jadi, tak kiralah dalam form apa sekalipun, biasakan diri untuk memberi. Tak semestinya memberi dalam bentuk material jer. Tangan yang di atas sememangnya lebih baik, kan? Yang penting, pemberian tu akan membuatkan orang lain happy.

Trust me, dengan 'memberi' kita akan rasa purely happy dengan cara yang berbeza2 dan tersendiri. Kalau tak caya, cuba bayangkan perasaan kita bila dapat tolong pimpin tangan hamba ALLAH yang buta melintas jalan, agak2 happy tak? Itu contoh simple jer. Boleh cuba benda lain jugak, asalkan yang baik2 jer. :) Nanti kang sibuk nak cari orang buta jer, yang lain tak buat pulak. Paling senang, senyum. Memang kacang. Tu yang tak faham kalau jumpa orang yang kedekut nak senyum. Rugi kot? Haih.

Kalau lepas buat benda2 tu, kita rasa happy, maknanya taklah susah sgt untuk dapat rasa happy. Sama jugak macam kita korbankan 'rasa' kita kat apa2 jer yg kita sayang kot. Tak dapat apa yang kita nak sangat2, takpe, redhakan jer. Let go, korbankan. Lepas tu, sure happy akan tunggu kita. Kan? That's what we called, spiritual happiness. Bahagia macam perasaan nak berlari cari pintu syurga. Yep, syurga. Huh? Ada orang tanak masuk syurga? Biar betik?

Dan, jangan lupa. ALLAH selalu beri apa yang kita nak. Kadang2 yang kita tak terfikir nak pun DIA bagi. Tapi, kita beri apa pada DIA ek?
Kita kena bagi DIA cintalah, kot? Mungkin 'memberi' tu simbolik cinta kita pada DIA, kan? Hmm, think think think.

Macam one of status adik saya kat FB pun ya jugak. Dia kata,
SOME OF US THINK HOLDING ON MAKES US STRONG, BUT SOMETIMES IT IS LETTING GO...

Jadi, saya nak BERI lebih banyak lagi lepas nih! :)


Note: Magazine Solusi nih mmg besh, cubalah cari + baca. Seyes tak rugi.

Friday, November 27, 2009

Masa dah time

Ada orang kata...

"Kalau seseorang tu tak hargai kita the way we are, maknanya dia bukanlah yang terbaik untuk kita."

"Sayang macam mana pun kita pada sesuatu, bila hilang, tetap hilang."

"Masa sememangnya cepat berlalu meninggalkan kita. Tapi, kita akan rasa masa tu sangat panjang bila kita menunggu. Apatah lagi kalau kita sendiri tak tahu apa sebenarnya yang kita tunggu."



Yep, I do get the points. The key word is, MOVE ON. Sure, I'll move on... :)


Salam Iduladha, everyone.


NOTE: Ada orang (jugak) kata... saya jiwang. Hehe, kadang2 jer. Masih dalam mood 'sedang ingin dot dot dot' kot... wutsoever ~~ spread the lurve, bebeh! :)

Friday, November 13, 2009

Owh My Jimmy Choo!

Owh my gucci! I am still in the mood of Redza Minhat. Huh? Tak kenal? Okies, silalah tengok Pisau Cukur di pawagam berhampiran, ya! (",)

Serius gediks citer tuh. Tapi, comel sehh! Plus, dialog2 diorang yang kewl ~ fun2 jer. I loikke! Selain Redza nih, Fazura mmg pretty, tak payah komen banyak. And, watak dia sangat menonjol. Suka! :) In fact, pergi tengok ni pun sbb nak support Fazura.

But then, since tengok movie tuh sampai la sekarang nih, rasa besh jer bila fikirkan kekiutan hawtt fella yang sorang nih. Tak sengaja terenjoy pulak dengan gelagat dia. Haha. Dah la pakai braces, karakter pun comel2 jer. Memang mencairkan! Hehe. Kalaulah ramai guys yang macam tu ATAU boleh duplicate karakter 'gigi besi' tu kat sesapa yang kita suka, kan bagus. Cehh, berangan! :)

Owh, Faqir 'gigi besi'. Sangat kiut. Sangat sempoi. Sangat sexy. Haha. Trust me, he's gonna be BIG soon. So, all the besh dude! :)


This is Redza Minhat. Cute, kan? Tapi, Faqir 'gigi besi' lagilah cute. Haih...

Monday, October 19, 2009

Hey, Sista!


Dengan dioranglah saya selalu fighting2. Kat diorang jugaklah saya pau duit. Haha. Diorang ajelah sibling perempuan yang saya ada. Seorang kakak, seorang adik ~ puurrfect!

Dan, kami bertiga share bintang yang sama. Comel kan?
Libra gurls roxx! *wink*

Happy belated birthday to both of them ~ Faridah Jabar (5th October) and Faezah Jabar (17th October).
May ALLAH keep us safe, always. Ameen.

Kaklong with her kid, Ariff Idlan. And our lil' cuzin, Azira.

Hmm, kami mmg tak pernah amik pic bertiga. Baru perasan. Haih.

With our close cuzins ~ Naemah + Nazirah. Mish that moments lah! :)



Note:
Dah lama nak post entry nih tapi asyik dok dalam draft jer. Kekurangan masa. Bz dgn FB jer. Heh. Macam entahpape jer alasan, kan? Hehe.


Tuesday, October 13, 2009

Those were the days..


Sejak sign up FB, ada jugak search kawan2 masa primary dulu. Most of them, saya masih ingat nama mereka. At last, macam frust jer. Tak jumpa. Kalau kawan2 masa secondary, tak payah cakaplah. Kitorang memanglah sangat true/sincere in friendship. We still hang out from time to time. Dah macam siblings gayanya. Sampai hari ni still keep in touch.


Tapi, cerita kawan2 primary nih lain sikit. Yelah, almost 16 years tinggalkan sekolah. Ada yang cuma sempat berkawan masa standard 1 & 2, lepas tu dah pindah JB. Ingat tak ingat sangatlah muka dorang kan. Tadika kat JB, lepas tu sekolah kat kampung pulak, then baru stay JB semula. Walaupun macam orang nomad, saya ramai kawan2 and still, ada beberapa nama yang masih saya ingat sampai sekarang.

So, baru2 ni kami jejak kasih dalam FB. Sangat tak sangka, dorang still ingat sehh. Siap ingat full name saya okkayy. Awesome! Seorang classmate masa standard 1 pun ada add, kelmarin. Dorang memang true friends lah, I loikkee! :) Masing2 dah sukses... alhamdulillah. Pretty2 semuanya. Hehe.

Jadi, kepada ORANG yang kata saya miskin kawan tuh --> saya mahu senyum seindah2nya... sbb saya sangat happy dengan life saya surrounded with FRIENDS... dan saya tetap suka menjadi diri sendiri! :)


Owh, ini gambar masa standard 6 @ SRK Larkin(2), JB. Saya ingat hampir semua nama2 classmate dan cikgu2 saya. Termasuk yang takde dalam gambar. Sorry to Fauziaton sbb gambar nih dah rosak sikit ~ terpaksa merosakkan wajahnya yang comel...


NOTE:
A friend is a GIFT, we give to ourselve! PS: I love them all! :)


Monday, October 12, 2009

After a long break...

Lama tak update blog nih. Banyak benda nak tulis, tapi stuck. Biasanya kalau tengah happy sangat or sebak sangat, memang akan stuck. Tiba2 jadi blur tak tahu nak pilih words yang sesuai untuk diekspresikan. In this case, maybe sbb happy sangat kot.

Lepas seminggu berhari raya dengan family, start keje balik. Time to celebrate dengan kawan2 kat sini pulak. Memang enjoy raya to the fullest lah! Open houses, food... heaven! :) And, tak lupa jugak sambung berpuasa enam. Barulah rasa the real happiness... aite?

And, alhamdulillah... dalam bulan kemenangan nih jugak terpilih untuk attend training MCB KL 07 ~ sabuk kuning dan hijau ESQ 165. Seronok sangat dan amat terkesan. Dapat banyak ilmu, insyaALLAH akan dimanfaatkan... :)


Masa training, ada rahsia yang selama nih terpendam dalam hati dengan seikhlasnya dirungkai pada seseorang. Actually, rahsia tu tak selalu difikirkan. Tapi, tak dinafikan kadang2 benda tu pop up in mind. Cuma, bila trainer ajukan persoalan ~ apa ujian2 hidup yang dirasakan berat dalam hidup, dalam banyak2 hal, sincerely hati tergerak untuk menuliskan hal yang satu itu. Then, masa sharing dengan partner, memang tak habis air mata yang keluar. Tapi, lepas tu rasa lega sangat.


Sekarang baru sedar, maybe rasa sakit tu yang membuatkan hati jadi berat, atau maybe jadi kotor. Dah cukup lama rupanya rasa negatif tu bersarang dalam hati. And, semalam masa untuk melepaskannya. Syukur, I did it! Tapi, itu baru satu ujian. The rest? I'll try to let it go, slowly. InsyaALLAH, tanpa pertolongan DIA pun mungkin tak sukses.

Selain tu, al-Fatihah buat semua mangsa gempa di Indonesia. Sesungguhnya peringatan ALLAH itu untuk kita semua ambil iktibar. Bukan hanya untuk bersimpati kepada mangsa tapi juga bersimpati pada diri kita sendiri. Lebih2 lagi sekiranya kita tidak mampu membuka mata hati kita atas peringatan yang telah jelas disebutkan melalui kalamNYA. Mudah2an kita semua tetap dilimpahi rahmatNYA. Ameen.

MCB KL angkatan 07 - MATRADE
10-11 Oktober 2009

Tuesday, September 29, 2009

The Journey : 29.09.2009


I turn 28, today. Yep, sudah 28 tahun bernafas bebas. Alhamdulillah, syukur sangat2 sebab DIA masih melimpahkan kasih sayangNYA. Dunia masih dipinjamkan, kontrak 'journey' masih dilanjutkan.


Kalau on surface, memang usia makin bertambah. Tapi, mampukah 'journey' ini bertahan setahun lagi? Sebulan? Seminggu? Sehari? Atau mungkin sejam? Yep, hakikatnya usia kita semakin mengurang. Maka, semakinlah mendekat dengan kematian. Huhu.

Dan, satu hal yang selalu SAYA lalaikan. Untuk berterima kasih kepada yang sepatutnya - both, papa dan mama. Al-fatihah. Kalau mama + papa takde, kakngah tak dapat tengok indahnya dunia nih.

Infinite thanx and love to dearest mama, sebab bertarung nyawa melahirkan kakngah. I owe ya soooo much! And, mamalah sepatutnya yang diraikan! Terima kasih banyak2 atas doa mama. Memang tak mampu kakngah nak balas. Plus, kakngah berhutang nyawa! Ampunkan dosa2 dan mohon halalkan segala pemberian. Semoga ALLAH jualah yang membalas segalanya. Ameen.


Lotsssa thanx to my dearest family and frens yang call/text since midnite sebab korang ingat and wish. And, ada gak yang drop birthday wishes kat FB. And, ada gak yang bagi present. Thank you, peeps! Terima kasih jugak atas doa kalian. Moga2 diterima olehNYA. Ameen. Seyes, terharu sangat2!


Lotssssa hugs and kisses!

Friday, September 18, 2009

minal.aidil.wal.faizin


Dear family & friends,

Andai tingkah pernah tersasar...
Andai kata pernah meluka...
Andai rasa pernah menongkah...
Mohon ampun segala dosa...
Have a blessed upcoming Syawal nan indah!



Note:
Esok pepagi gerak balik JB - weehoo! Safe journey to all. Ameen.

Wednesday, September 16, 2009

Heart


“Carilah hatimu di tiga tempat – ketika membaca al-Quran, ketika solat dan ketika bertafakur mengingati kematian. Jika pada tiga tempat itu engkau tidak menemukan hatimu, maka bermohonlah kepada ALLAH agar DIA memberimu hati. Kerana, sesungguhnya ketika itu engkau sedang tidak memiliki HATI.”

- Imam al-Ghazali -

Tuesday, September 15, 2009

Syahdu


Ramadhan semakin meninggalkan... rasa sedih pulak. Macam sekejap jer kan? Serius, training tu belum complete. Setiap tahun, memang looking forward untuk Ramadhan. Tapi, this year berbeza. Semangat lebih kuat. Rasa rindu makin dalam. Rasa cinta makin memekar. Sebab di hujung setiap harinya terasa bahagia. Sangat TRUE, kita hanya perlukan DIA untuk jadi setabah2 insan.


Dan, lately nih, masa terawih tu, ada ketikanya teringatkan dia, dia dan dia. Mata berkaca2 dah. Semoga mereka bertiga jugak berasa bahagia dengan kehidupan masing2. Ameen.
Nama kalian sentiasa diulir dalam doa. Insya-ALLAH tak lupa.

Ya Rabbi, rasa berdosa sangat sebab tak betul2 fokus. Ya ALLAH, jika ibadahku penuh cacat cela dan tak sempurna, maafkanlah aku. Terimalah ibadahku, Ya Rahman.

Selalu jugak terngiang2 kata2... "Dilla, rasakan DIA di hatimu... ALLAH itu sangat dekat denganmu, malah lebih dekat daripada urat nadimu! Cintailah hanya DIA kerana DIA sangat mengasihi dirimu..."

Hmm, sayangnya nak tinggalkan bulan penuh keampunan nih... huhuhu...


Kenangan manis: Ramadhan yang cukup indah!


Note: Kami ada cita2 besar - nak rasa suasana beribadah kat Tanah Suci Mekah. Insya-ALLAH... :)

Monday, September 14, 2009

Santai@Section 11


Huh? Seksyen 11? Kawasan hitam tu. Heh.

Tapi, semalam final decision kami - buka puasa kat Santai Kafe, Seksyen 11. Tu pun lepas dah pusing section by section nak pilih lokasi berbuka. Kafe tu kira okeylah. Lagipun dekat and senang nak terus gerak ke Masjid Negeri.


Hmm, cakap pasal Masjid Negeri, besh jugak terawih sana. Yelah kan, masjid besar nih lain sikit auranya. Last terawih kat sana 2 years ago kot. Kenangan katanya. Malam nih pun nak terawih sana jugak kot, insya-ALLAH.


So, semalam pecah rekod. Biasanya weekend sure takde kat Shah Alam. Tapi, semalam just habiskan masa meronda kat sini2 jer. Lepas setel terawih, window2 kat bazar sekitar kompleks PKNS. Tak beli pape pun sebab konsepnya cuma 'menonton'. Pastu, acara penutup - moreh french fries. Hehe.


Food kitorang pun santai2 jer... :)

Note: Sementara tunggu time berbuka tu, rajinlah jugak selak2 magazine - InTrend kot. Pastu terbaca artikel pasal cinta platonik. Hmm, ada ek? Okies, baru tau daa... :)