Tuesday, June 23, 2009

Otromen Dua

Jumaat lepas balik JB and dapat jumpa si kecik comel tuh. Yeay.

Hisy, rasa macam nak gigit2 jer. Comel tahap gaban.

Walaupun Encik Ariff Idlan sibuk dengan toys ULTRAMAN dia yang nenek baru beli tu, auntie tetap sibuk nak hug2 dia. Rindu arr.

"Darling, ni otromen ace kan?" Auntie buat2 terer la kunun. Tak reti bezakan pun sebenarnya. Heh. Dah la ada 10 toys tu. Lain2 pattern kostum superhero berlampu2 kat dada tu, lain2 nama la kot.

"Noo... bukannnn laa auntie. Otromen cosmos. Otromen cosmosss..." Wahh, penegasan di situ yer. Baikklahh, Idlan yang comel. Auntie mana tahu. Dah lama tak tengok TV.

"Owhhh... otromen cosmos... yang ni?" Hisy, banyak tanya pulak auntie nih. Haih.

"Otromen dua." Heh? Ada ker? Otromen tiga ada la kot. Kan? Err... okies! Auntie sengih jer.

"Idlan suka otromen ker?" Saje nak tanya lagi. Takde keje. Hehe.

Ariff Idlan buat tak layan jer.
Dah malas nak jawap la tu. Haha. Dia sibuk bagi command suruh auntie terbangkan otromen2 yang ada sepuluh tu. Mana la nak cukup tangan sayang oii... :)

Sekarang Idlan dah tak heran dengan spongebob. Dia nak nampak kewl. Dia layan transformers, otromen dengan raksasa jer. Heh. Idlan paling suka otromen cosmos. Hmm, auntie pun suka otromen. Otromen taro. *wink*

No comments: