Monday, October 19, 2009

Hey, Sista!


Dengan dioranglah saya selalu fighting2. Kat diorang jugaklah saya pau duit. Haha. Diorang ajelah sibling perempuan yang saya ada. Seorang kakak, seorang adik ~ puurrfect!

Dan, kami bertiga share bintang yang sama. Comel kan?
Libra gurls roxx! *wink*

Happy belated birthday to both of them ~ Faridah Jabar (5th October) and Faezah Jabar (17th October).
May ALLAH keep us safe, always. Ameen.

Kaklong with her kid, Ariff Idlan. And our lil' cuzin, Azira.

Hmm, kami mmg tak pernah amik pic bertiga. Baru perasan. Haih.

With our close cuzins ~ Naemah + Nazirah. Mish that moments lah! :)



Note:
Dah lama nak post entry nih tapi asyik dok dalam draft jer. Kekurangan masa. Bz dgn FB jer. Heh. Macam entahpape jer alasan, kan? Hehe.


Tuesday, October 13, 2009

Those were the days..


Sejak sign up FB, ada jugak search kawan2 masa primary dulu. Most of them, saya masih ingat nama mereka. At last, macam frust jer. Tak jumpa. Kalau kawan2 masa secondary, tak payah cakaplah. Kitorang memanglah sangat true/sincere in friendship. We still hang out from time to time. Dah macam siblings gayanya. Sampai hari ni still keep in touch.


Tapi, cerita kawan2 primary nih lain sikit. Yelah, almost 16 years tinggalkan sekolah. Ada yang cuma sempat berkawan masa standard 1 & 2, lepas tu dah pindah JB. Ingat tak ingat sangatlah muka dorang kan. Tadika kat JB, lepas tu sekolah kat kampung pulak, then baru stay JB semula. Walaupun macam orang nomad, saya ramai kawan2 and still, ada beberapa nama yang masih saya ingat sampai sekarang.

So, baru2 ni kami jejak kasih dalam FB. Sangat tak sangka, dorang still ingat sehh. Siap ingat full name saya okkayy. Awesome! Seorang classmate masa standard 1 pun ada add, kelmarin. Dorang memang true friends lah, I loikkee! :) Masing2 dah sukses... alhamdulillah. Pretty2 semuanya. Hehe.

Jadi, kepada ORANG yang kata saya miskin kawan tuh --> saya mahu senyum seindah2nya... sbb saya sangat happy dengan life saya surrounded with FRIENDS... dan saya tetap suka menjadi diri sendiri! :)


Owh, ini gambar masa standard 6 @ SRK Larkin(2), JB. Saya ingat hampir semua nama2 classmate dan cikgu2 saya. Termasuk yang takde dalam gambar. Sorry to Fauziaton sbb gambar nih dah rosak sikit ~ terpaksa merosakkan wajahnya yang comel...


NOTE:
A friend is a GIFT, we give to ourselve! PS: I love them all! :)


Monday, October 12, 2009

After a long break...

Lama tak update blog nih. Banyak benda nak tulis, tapi stuck. Biasanya kalau tengah happy sangat or sebak sangat, memang akan stuck. Tiba2 jadi blur tak tahu nak pilih words yang sesuai untuk diekspresikan. In this case, maybe sbb happy sangat kot.

Lepas seminggu berhari raya dengan family, start keje balik. Time to celebrate dengan kawan2 kat sini pulak. Memang enjoy raya to the fullest lah! Open houses, food... heaven! :) And, tak lupa jugak sambung berpuasa enam. Barulah rasa the real happiness... aite?

And, alhamdulillah... dalam bulan kemenangan nih jugak terpilih untuk attend training MCB KL 07 ~ sabuk kuning dan hijau ESQ 165. Seronok sangat dan amat terkesan. Dapat banyak ilmu, insyaALLAH akan dimanfaatkan... :)


Masa training, ada rahsia yang selama nih terpendam dalam hati dengan seikhlasnya dirungkai pada seseorang. Actually, rahsia tu tak selalu difikirkan. Tapi, tak dinafikan kadang2 benda tu pop up in mind. Cuma, bila trainer ajukan persoalan ~ apa ujian2 hidup yang dirasakan berat dalam hidup, dalam banyak2 hal, sincerely hati tergerak untuk menuliskan hal yang satu itu. Then, masa sharing dengan partner, memang tak habis air mata yang keluar. Tapi, lepas tu rasa lega sangat.


Sekarang baru sedar, maybe rasa sakit tu yang membuatkan hati jadi berat, atau maybe jadi kotor. Dah cukup lama rupanya rasa negatif tu bersarang dalam hati. And, semalam masa untuk melepaskannya. Syukur, I did it! Tapi, itu baru satu ujian. The rest? I'll try to let it go, slowly. InsyaALLAH, tanpa pertolongan DIA pun mungkin tak sukses.

Selain tu, al-Fatihah buat semua mangsa gempa di Indonesia. Sesungguhnya peringatan ALLAH itu untuk kita semua ambil iktibar. Bukan hanya untuk bersimpati kepada mangsa tapi juga bersimpati pada diri kita sendiri. Lebih2 lagi sekiranya kita tidak mampu membuka mata hati kita atas peringatan yang telah jelas disebutkan melalui kalamNYA. Mudah2an kita semua tetap dilimpahi rahmatNYA. Ameen.

MCB KL angkatan 07 - MATRADE
10-11 Oktober 2009