Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Dear family & friends,

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia, seikhlasnya saya menyusun sepuluh jari menginsafi keterlanjuran yang telah saya lakukan sama ada sengaja atau tak disengajakan sepanjang saya menjadi sebahagian daripada kehidupan kalian.

Secara peribadi, saya sentiasa mahu menjadi yang lebih baik dari hari ke sehari. Mungkin juga ini Ramadhan terakhir saya bersama kalian, tiada siapa yang tahu, kan? Semoga kalian memaafkan segala kekurangan diri ini. Insya-ALLAH selagi nyawa ini dipinjamkan, saya sentiasa berdoa agar kita semua terpelihara di bawah lindungan rahmat-NYA. Ameen.

Saya mengharapkan Ramadhan ini juga menjadi titik mula kehidupan yang lebih baik dan bahagia. Saya mohon dipelihara jiwa dari segala kepalsuan dunia yang melalaikan. Moga-moga tiada lagi tangisan kesedihan hanya disebabkan hal dunia, kerana hala tuju saya hanya DIA. Maka, saya bersedia untuk kehilangan apa sahaja, insya-ALLAH.

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk DIA. Saya mensyukuri kasih sayang-NYA yang tidak terbanding, kerana tahun ini sekali lagi saya berpeluang merasai nikmat dan indahnya Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini lebih memberi makna kepada diri yang hina dan kerdil ini. Mudah-mudahan diampunkan segala dosa-dosa silam. Dan, saya berdoa agar ibadah di bulan mulia ini diterima dan mendapat keberkatan-NYA. Ameen.


Ya Rahman, ya Rahim...
Dosaku menggunung tinggi
Tapi, taubatku tak kutepati

Ya Quddus, ya Salam...
Rahmat-MU melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Ya Mukmin, ya Muhaimin...
Kini kuingin kembali pada-MU
Mengharap maghfirah dari-MU
Mogakan terampunlah dosa-dosaku

Ya Sami', ya Bashir...
Biarpun ujian melanda
Kutetap berkasih pada-MU
Kerana kuyakin kasih-MU kekal tiada sudahnya


Marhaban ya Ramadhan. Mohon maaf zahir batin.




NOTE: Encik Faizal Hassan dan keluarga, salam dihulur maaf dipinta... saya hanyalah manusia biasa yang sering terlalai dengan magnet dosa... semoga tiada sengketa... :)

4 comments:

ikeen said...

hye beb...selamat berpuasa...

♥ SuGuS ♥ said...

ikeen: thanx ek.. selamat berpuasa jugak.. tak balik JB ek? rs mcm tak besh jer tak sambut puasa kat umah.. kan? huhu.. this weekend harusss aku gerak balik.. :)

Anonymous said...

ampun dan maaf dipinta..semoga ramadhan mulia ini membawa keberkatan kepada kita..terima kasih fadilla..

♥ SuGuS ♥ said...

anon: okies, my pleasure.. thanx atas doanya.. :)