Tuesday, August 18, 2009

Update Liburan Paris Van Java


Lunch tadi Kak Long text, tanya mana gambar Bandung. Actually, kami takdelah berposing sakan masa pergi sana. Sebab, kami banyak aksi2 bershopping. Selain shopping, kami kat dalam mobil meredah trafik yang padat dan sesak kat tengah2 bandar Bandung tu. Dan selain tu, kami kat kafe bersantap atau kat hotel, tidur.


Bila tangan dah penuh dengan beg plastik bagai, celah mana pulak nak pegang camera and nak snap2 kan? Lagi satu sebab kami semua pakai mask. Jadi, keterujaan untuk amik gambar tu kureng sikit. Letih dok asyik membetulkan mask. Hehe.

Tapi, tetap maintain pakai mask tu. Takut beb, karang tak pasal2 dipersalahkan sebab bawak balik virus pulak. Most of the time, kami cuma nampak mata jer. Tak dapat la nak usha kang mas Bandung (wakaka). Macam pengganas pun ya jugak. Bak kata Naz, ala2 geng Noordin Mat Top. Hahaha.


Shopping kat sana memang tak hengat. Maklumlah, masa tu kami nih jutawan segera. Most of barang2 dia memang murah berbanding kalau kita beli kat sini. Bila part nak bayar jer, konfius jap. Duit dia besar2. Ke hulu ke hilir dok guna applications calculator kat hp. Tak pasal2 kepala jadi slow bab kira2 nih. Hahaha.


Factory outlet memang banyak dan besh. Yang jadi masalah ialah masa yang tak cukup. So, kami singgah mana yang sempat. Levi's original pun sangat murah. Tempat paling banyak kali kami pergi is Pasar Baru. Setiap hari kami pergi sana. Tak puas katanya. Ada sajer barang yang kami nak beli kat sana. Barang apa jer yang takde kat sana, u just name it. Mahu tak bankrupsi kami. Japanese cotton dia murah tahap cipan. Tu belum lagi singgah FO. Tak ke juta2 rupiah terbang? Kan? :)


Bab makan, takde hal. Kami makan di kafe makanan orang sunda dan padang. So, the food okies2 sajer. Takdelah lain sangat dengan makanan kita kat Malaysia. But still, kami tak berani nak makan kat tepi2 jalan sebab takutlah... mana tau perut meragam pulak, kan. Jadi, supir kami --> Mas Yayan bawak kami makan kat bistro atau kafe. Terjamin sikit. Harga meal around 50,000 rupiah jer. Yang penting, enak sihh! :)


The trip was fun! Awesome! Kalau ada peluang, nak pergi lagi untuk sight-seeing pulak kot. Yang pasti bekalan ongkos harussss ditambah lagi. Hehehe. Cuma ada sikit dugaan. Dan secara tak langsung dugaan tu membuatkan fikiran kami tak seratus peratus berlibur. Ada beberapa portion yang tertinggal kat Malaysia. Jiwa kacau. Apapun, kami cuba untuk tidak peduli dengan kekalutan fikiran yang menyerabutkan dan try to enjoy each moments yang tak mungkin terganti nilainya.

Kak Na, Kak Ja, Naz... the moments will always be remembered! Nanti kita cuti2 lagi yer! :)



**Pix nih tak abis upload lagi. Banyak lagi beb. Lembap, malas nak tunggu. Esok2 kalau sempat, up lagi. Daa... :)

3 comments:

ariff the superb said...

ada satu pic tu yg posing tu ala-ala yg bgayut tu ahaks....
pdn ler x sabo nk g lg wakaka

ariff the superb said...

ada satu pic tu yg posing tu ala-ala yg bgayut tu ahaks....
pdn ler x sabo nk g lg wakaka

♥ SuGuS ♥ said...

ariff.the.superb: next year jom kita liburan.. ada berani? hehehe