Monday, June 29, 2009

Percayalah, cinta itu ada.





anak itu tidak tahu bagaimana untuk bangkit dan ketawa

kerana apa yang dilihatnya lucu, tidak pula di mata mereka

dia percaya pada kisah pari-pari dan kayangan
dia sanggup percaya setiap perkara itu adanya kemungkinan

maka, mana mungkin ada yang mau mengerti?
hatinya terlalu murni, pastilah ramai yang akan benci

dia dihina kerana percaya akan sesuatu yang bernama cinta
dia diolok-olok, dia dibobrok-bobrok, dia dimain-main kerana cinta

lalu bintang jatuh
pergikan padanya dengan halus dan hati-hati

kisahkan ceritaku ini agar dia mengerti
yang sebenarnya bukan dia yang pelik dan songsang
cuma dunia yang bodoh kerana sudah berhenti memandang

bintang jatuh, perlahanlah...
jangan sampai kau mencecah

bintang jatuh, kisahkanlah...
ke matanya yang membasah





Note: Kisah yang sinonim dengan masa lampau seorang anak kecil, yang sering mengharapkan kehidupannya normal seperti anak-anak kecil yang lain. Dia selalu mendongak ke langit dan beromongan sendirian. Mengadu pada bintang dan malam. Ma, kita dah berjaya melaluinya! Syukur... ^_^

Friday, June 26, 2009

Yesss-lah!


Dia reply emel, pagi tadi. Wee-hoooo!


Dan dan jer berbunga-bunga perasaan nih. Macam tumbuh pokok bunga tulip pulak.

Cehh.



Note: Tapi sedikit kecewa. Orang tu tak reply SMS. Takpe, nanti kalau ada problem lagi, carilah kita ya! :)

Thursday, June 25, 2009

Pemuja Rahasia


Tak kenal pun dia. Jatuh cinta dengan coretan nota2 kecil dari hati dia. Dan, rasa nak sangat communicate dengan dia.


Tadi, tangan nih merengsa jer nak tekan2 aksara kat keyboard hitam nih. Entah dari mana dapat idea, nak bagi dia emel. Cess, konon.

Jari2 pun start bekerja. Word by word. Adalah dalam 15 ayat kot. Habis type jer, baca balik 3 kali. Takut2 salah ayat ke kan.

Rasa puas hati jer, klik send. Senyum. Siap berangan nih, kalau2 dia reply nanti. Cess.

Dalam hati, haih, apesal tetiba super berani nih?

Apapun, best of luck untuk dia. Ya, karya2 dia memang awesome. I loiikkee!



NOTE: Owh, puzzle semalam dah siap. Cuma ada beberapa keping yang terkoyak sikit. Luka. Harap2 cepat sembuh. Ameen... :)

Wednesday, June 24, 2009

Mati Rasa

Haih. Hari nih macam taded rasa. Hilang. Seawal pagi, hati tetiba pecah bertebaran. Ada yang terus jatuh. Ada jugak yang melayang-layang. Macam aksi main roket kertas, kelmarin.

Ironinya, 10 minit pertama hari nih, memang ceria habis. Eh, macam hari istimewa seseorang jer. Heh. Owh, birthday seorang geng mabuk2 bersama - Happy birthday, Fafau! :)

Hah, tu yang ceria habis. Kitorang (dill + sis molee) call Fafau tak tepat pukul 12 pagi pun. Saja memang suka amalkan konsep lambat 10 minit. Ya, supaya takde la obvious sangat kita sorang jer yang ingat birthday dorang2 nih. I mean, sesapa jer punya birthday la. Bukan Fafau sorang jer, okies.

Eh, kenapa aku blog pasal ko nih, beb? *wink*

Hmm, mungkin sebab Fafau nih orang paling lew-chiu kot. Maksud aku selain pesaing terdekat ko - Kak Molee la... muahahaha! Diorang berdua nih memang suka rebut2 ranking saper paling lew-chiu. Tapi beb, korang memang lew-chiu sehhh! (cuma kita2 jer yg paham! wakaka!)

Tapi, yang tak beshnyer, beberapa puluh minit dan saat selepas tu, emosi bertukar sudahhh. Hanya sebab suka sangat jadi good listener (katanya...) tak sedar sebenarnya sengaja menyakitkan hati sendiri.

Geram. Dada macam nak pecah. Agaknya macam teori big bang tu kot. Haih.

Orang tu tido lena, yang kita nih mata terkebil2 pandang langit. Mana nak kutip puing2 hati yang terbang melayang tadi lagi. Nak cantum balik lagi. Memang menguji tahap ke-super-an betul la. Dah macam puzzle dah keping-keping hati tu. Yang mana satu depan, yang mana satu belakang nih? Konfius.

Sabar. Sabar. Masih ada masa.

Masalahnya, subuh dah makin dekat. Mata masih kelap-kelip.

Sekarang nih, dah mati rasa. Padan muka. Jangan sampai nanti membenih rasa benci... sudahhhhh! Scary!


Ini Fafau. Ya, dia memang kacak dan personalitinya mudah didekati (muekeke). Macam personaliti sebuah stesen TV lah, kan? Hahaha...




NOTE: Owh, lupa. Beb, kisah selepas kisah birthday wish ko tu, sila abaikan. Tiada kena mengena dengan ahli geng mabuk2. Hari nih, tetappp hari special ko, okies! Sebab... kita dah SEBAYA. Welkam tu de kelabb! Haha.

Tuesday, June 23, 2009

Otromen Dua

Jumaat lepas balik JB and dapat jumpa si kecik comel tuh. Yeay.

Hisy, rasa macam nak gigit2 jer. Comel tahap gaban.

Walaupun Encik Ariff Idlan sibuk dengan toys ULTRAMAN dia yang nenek baru beli tu, auntie tetap sibuk nak hug2 dia. Rindu arr.

"Darling, ni otromen ace kan?" Auntie buat2 terer la kunun. Tak reti bezakan pun sebenarnya. Heh. Dah la ada 10 toys tu. Lain2 pattern kostum superhero berlampu2 kat dada tu, lain2 nama la kot.

"Noo... bukannnn laa auntie. Otromen cosmos. Otromen cosmosss..." Wahh, penegasan di situ yer. Baikklahh, Idlan yang comel. Auntie mana tahu. Dah lama tak tengok TV.

"Owhhh... otromen cosmos... yang ni?" Hisy, banyak tanya pulak auntie nih. Haih.

"Otromen dua." Heh? Ada ker? Otromen tiga ada la kot. Kan? Err... okies! Auntie sengih jer.

"Idlan suka otromen ker?" Saje nak tanya lagi. Takde keje. Hehe.

Ariff Idlan buat tak layan jer.
Dah malas nak jawap la tu. Haha. Dia sibuk bagi command suruh auntie terbangkan otromen2 yang ada sepuluh tu. Mana la nak cukup tangan sayang oii... :)

Sekarang Idlan dah tak heran dengan spongebob. Dia nak nampak kewl. Dia layan transformers, otromen dengan raksasa jer. Heh. Idlan paling suka otromen cosmos. Hmm, auntie pun suka otromen. Otromen taro. *wink*

Friday, June 12, 2009

Flashback: Episode 1


*Permainan.Dunia.Lalai*


Tengah hari tadi gi tapau lunch kat Qaseh 13. On the way balik ofis, diorang singgah sect 2. Nak beli air kelapa katanya. Baikklahh.

Jadi, of course la lalu depan jalan 'kenangan' tu. Mula2 nampak tapak gerai2 yang dolu2 tu dah kena roboh. Fuihh, berdebar kejap. Kat situ la tempat paling selalu lepak2 chill masa zaman student dan zaman hangat berchenta (cehh!).

Hati yang warna hitam pun kata, baguss gak dah roboh. Senang sikit nak lupa kenangan2 separa bodoh tu. Tapi, hati yang putih pulak mencelah, boleh ke lupa? Heh.

Tak sampai 5 saat, Kak Ja tanya. "Tak teringat umah lama ke, dill? Kenangan tu!"

Cess. Ada isu di situ. Dengan slow dan penuh gaya cover line, mulut pun jawap ala2 terpaksa. "Tu la pasal. Kenangan sehhh..."

Mata pejam jap. Dalam hati, umah yang mana satu? Ada dua, okey. Satu, depan sekolah menengah tu. Dekat dengan 7 eleven. Sekarang kat situ dah ada KFC drive thru dua tingkat lagi. Gila hebatt. Tak hengat, kan?

Satu lagi kat Jalan Kemunting. Tapi, dua2 memang banyak simpan kenangan. Ya, kenangan dengan orang tu la. Orang yang, hmm, tinggalkan kenangan yang bersepah2 kat bandaraya anggerik nih.

Separa khayal kejap bila kereta menghampiri sekolah menengah bercat kuning cair tu. Hati meronta2 nak luahkan. Tapi, mana boleh beb. Tu rahsia sampai mati.

Teringat kata2 pujangga sorang kawan kat ofis, "Biarlah orang buat kita. Jangan kita buat orang."

Hati bersungguh2 pulak, ahh, tanak ingat lah! Segera, terus jer tune balik hati yang tadi hampir2 nak pecah.

Senyum. ALLAH kan selalu ada! :)





Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan menghadap ALLAH; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; “Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!” Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu.

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan. Dan, demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?


QS. Al-An'am 6:31&32

Tuesday, June 02, 2009

Roket kertas



Note: Hmm, makanan. Berkhasiat. Heh. *wink*

Monday, June 01, 2009

Kangen...


Kata orang, rindu itu tanda ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata orang jugak, kalau kita rindu kat seseorang, tandanya dia pun rindu kat kita.

Err... hmm... wahai hati, lepaskanlah perasaan itu pergi! Dan, jangan mengharap lagi...

Kangen sama kamu!