Thursday, January 22, 2009

Mish them all...


Hey peeps. Lama tak blog. Busy sikit lately. Hari ni baru boleh layan blog lama sikit. If not, setakat view ala kadar jer. Actually, banyak perasaan yang indah2 happened lately. Kadang2 rasa nak share dengan orang lain, tapi stuck with words. Terlalu excited sampai tak reti nak describe. Rasa indah jer. Senyum. Happy. Sekarang pun rasa besh jer.


Rasa besh tu dah start a few months ago. Masa dapat gather balik dengan ex-schoolmates. Kurang lebih 10 tahun tak jumpa beb. Mana taknya rasa besh, kan? And, rasa tu jadi lebih besh bila selalu dapat jumpa diorang. And, jadi lebih-lebih-lebih-lebih melebih-lebih beshnya bila diorang plan nak buat reunion. Harus la setuju sangat2 kan.

So... last weekend, join reunion SSIJB (school of roxx! ahaks...) batch 1998. Dah lama tak gather macam tu. It's bout 10 years after our school days. Personally, memang sangat excited dan tertunggu2 hari reunion tu. Alhamdulillah, akhirnya apa yang dirancang menjadi kenyataan.

Even tak ramai yang dapat join, tapi tetappp besh and happening. Tak kesah sangat pasal kuantiti tu, yang penting quality time yang kitorang share selama 2 hari kat PD tu. Terimbas balik kenangan2 nakal masa kat sekolah dulu. Bak kata Apek, 'ingat2 kembali' (chehh, ala2 skema gitu). Masing2 dengan cerita tersendiri, memang kelakar. Terasa friendship bond sangat kuat dalam diri each and everyone of us.

We shared our stories and laughter just like back then in 1994 till 1998. Cuma bezanya, masa dan usia mematangkan masing2. Ada yang dah happy dengan family masing2. And, personally rasa happy sangat tengok semua success dengan keje and life masing2. Seronok sangat. Nakal2 pun tak sampai mensia2kan hidup. I'm very proud of them, seriously.

And, hari ni jugak baru dapat chances tengok gambar2 besh masa kat PD hari tu. Semua pixta cun2 belaka (clap2 to Sham 'the photographer'). Rasa tak puas view. Try download tapi file besar sangat kot. So, sumtimes stuck. Tapi takpe, yang tu boleh adjust later. Yang penting, each pixta tu menzahirkan setiap emosi yang dirasa. Gambar2 tu menceritakan setiap detik yang pastinya indah. Moments yang tak mungkin luput dari ingatan. And, for sure menjadi sangat2 manis untuk dikenang2. Ala2 cerminan sebuah kisah klasik untuk masa depan (chewaaah!).

Time nak balik tu, perasaan ni bercampur2. Masa salam2 dorang, macam ada rasa berat kat hati. Sebak kot. Tapi, memang control habis. Haha. Bila sampai rumah, terus rasa macam 'rindunya kat diorang...' Yep, I REALLY MISH THEM ALL! Tapi nak buat cane kan. Masa dan keadaan tak sentiasa mengizinkan. Hopefully akan ada the next one, soon. Yup, harap2 sangat. Pada korang yang tak dapat join, takpe. Maybe takde rezeki for this time.

**Whoopss, lupa lak nak mention. Pix kat bawah ni bukan official pix 'the photographer' yer. Ni koleksi gambar yang hanya disnap menggunakan camera 8MP jer. Tidak secanggih SLR tuh. Heh. If nak view pix yang lebih cun tahap dewa, silalah ke blog SCHOOLOFROXX yer. Makasih.



Note: Guys, love ya all. Lots.

Monday, January 12, 2009

Dilla bila demam...


End of last week lagi dah terasa aura virus tu nak datang. As expected, Jumaat malam tuh tertewas jua akhirnya. Heh. Bukan tak suka. Tapi kaedahnya, cik Dilla nih bila demam... haih... susah la nak cakap. Memang jarang2 demam. So, bila sekali kena tu, memang lambat nak ok. Time nih mulalah...
  • rasa macam nak balik JB (dan2 jer kan...)
  • rasa besh jer if mama ader kat sini (boleh massage2 + masak porridge!)
  • takleh sleep2 (stres, whoa... flu!)
  • terover melayan perasaan (macam2 benda pop up kat mind)
  • sensitif melampau (rentetan melayan perasaan tadilah...)
  • berangan tak hengat (nih kadang2 jer --> beshnyer if ader BF doctor.. haha)
  • rasa nak makan macam2 tapi sure turn out sebaliknya (hisy... tak suka betul)
  • bila makan pulak... sure kuar balik (faham2 jer lah... hehe)
  • tak selesa nak keluar (walaupun jiwa raga gue meronta2 nak keluar... heh!)
  • berminggu2 flu tak baik (nih yang paling sensitif nih... hoho...)
  • suara pun dah lain... (hisy, tulen bang... haha.. tapi tetap minum ais kay...)
  • addicted nak makan ubatttt (berpapan2 panadol pun ok sajerrr!)
  • takde mood nak buat keje (alaa... banyak keje whoaaaa...)
  • keserabutan melanda... hoho...
Sekarang nih tengah risau. Weekend nih nak berpoya2 bersama rakan2 kat PD. Frust jer if still tak ok lagi. Bersungguh2 makan ubat nih. Hehe. Can't hardly wait for the gathering thingy! Yeay!




Note: Esok birthday Fahrul. Happy birthday, lil' bro! :)

Monday, January 05, 2009

Anak Dara Dua Sebilik


Semalam, decide nak ikut Kak Molee balik Kuala Selangor. Besides nak visit pak cik and mak cik, sajer nak tengok kambing yang pak cik baru bela. Hehe. Sebab aritu tengok video kat hp Kak Molee, kambing2 tu comel2 jer. Teringin nak tengok live. Hahaha.


Seperti biasa, selain aktiviti lepak2 kat buaian bawah pokok ceri and bergurau senda dengan kambing2 tu (chehh...), petangnya kitorang pegi Pantai Remis. Memang tak pernah pegi situ. Agak excited sebab before this Kak Molee selalu cerita pasal fresh seafood yang banyak jual kat situ. Kerang, kupang, kepah, lala... banyak yang type2 kerang2 macam tu la. Macam2 nama ada.

Nama yang baru first time dengar is 'anak dara dua sebilik'. Heh. Kelakar seh. Hmm, siapa la yang bagi nama tu kan? Err, anak teruna dua sebilik takde la pulak eks. Haha. Owh, lupa pulak... remis pun ada. That's why la nama tempat tu Pantai Remis kot. Rasanya semua peraih yang bisnes kat sepanjang pantai tu turun sendiri untuk kutip kerang2 tu. Menariks.

Kat pantai tu tak boleh mandi. Tanah selut and air kotor. Tapi, ramai orang main layang2 kat situ. Ingatkan tak ramai orang datang situ. Tapi semalam crowded jugak. So, kat situ kitorang just strolling, snap2 picta, tengok umang2 and makan kerang bakar. Sajer chill2 and mengisi masa lapang. Hehe. Hajat di hati nak makan kupang rebus or kupang bakar, tapi takde pulak. Bukan musim kupang kot. Kuciwa. Favorite tu... (huhu!)

Next time, tak kira, nak makan kupang pulak! Boleh kan, Kak Moll? Hehe.



Kak Moll pilih nangka. Ooops, I dun eat nangka.

Mother & daughter... :)

Tak sabar nak makan kerang bakar kat kedai depan tu.

Let's go green. Hehe.

Mak cik kerang la nona... :p

Cantik kulit kepah nih. Kilat2.

Kepah lagi. Close up.

Yang ni... 'mentaram'.

Budak2 kat belakang tu tengah main layang2.
Style jer. Nasib tak reti. If not, join sekali. Heh.

Let's kite...

Umang2 yang berlagak siput. Haha.

Sajer dengki umang2 tu. Block jalan dia. Hehe.

Banyak tak hengat cengkerang2 kat situ.
Macam tak nampak pasir dah. Semua kulit2 kerang...

Eh, macam ada yang enterframe pulak?

Hmm, macam ada sesuatu jer tanak pusing depan nih? Hehe!

Selut... eeuuwwwwww!!!
Dill tau kenapa Kak Moll posing senget... :p

Haa... ni la 'anak dara dua sebilik'. Cute.

Close up. Hmm, relevan ke nama tuh? Hoho! :)




Note: Last week 2 kali ulang-alik SA-JB-SA-JB-SA. Selang sehari jer pulak tuh. Penat jugak. Tapi, lega sikit. At least, dah settle. Hmm, I do mish JHF now. Sorry, but I have to let you go. Huhu.

Thursday, January 01, 2009

Hey, it's January! :)


Happy new year, people.

Just went back from Danga Bay. Actually balik just a few minutes after midnite. Unfortunately, stuck kat car park. Dah la jauh. Lama giler stuck kat situ. Gosh, kaki sakit seh tekan clutch. Then, banyak pulak driver2 kiasu. Ikut suka hati dorang jer nak celah2 bedah kat lane orang. If mengelat dengan berhemah okay jugak la kan. Nih siap buat muka ketat pulak. Bikin panasss line jer. Heh. Nasib route nak balik rumah clear. Lega sikit.


Tapi still, kaki sakit... hoho... Happy 2009! :)

Saturday, December 27, 2008

Kenduri Ala2 Gath


Tadi attend wedding Nana kat Dewan Tarom, JB. Thanx kat Ikeen sbb kasi tumpang. Balik this time tak drive, so ala2 patah kaki sikit la. Hoho. As expected, ramai jugak ex-schoolmate yang datang tadi. Dah macam gathering bebudak SSI pulak. Awesome.

Hmm, perantin baru pun sangat comel. Congrats to Nana & Fendy! :)

PS: Ikeen, suka new haircut tuh. Nak tiru bleh? Ahaks.

Thursday, December 18, 2008

Alternately


Actually, there's so many things came across my mind lately. But, most of those thingy just left unsaid. It was like, it just come and go. Alternately. Tears and laughter. Happy and moody. Love and hate. Am I trying sooo hard to forget things? Or, maybe, I just found 'me'?


Arghh, I feel terrible, too. Whoa, now I'm confused.


PS: I was cruel to say things like "I hate you" and I am never cruel. I have no excuse for my words no matter what had happened. So, I am very sorry...

Wednesday, December 10, 2008

A birthday note

I really wanted to say these to someone.

"Masa kita jatuh, kadang2 kita tercari2 tangan tempat untuk kita berpaut, tanpa kita sedar tangan itu selalu mendekat. Dan, masa kita hebat berlari, kadang2 kita terlupa tangan yang sama masih dekat untuk melihat kita berjaya sampai ke garisan penamat, walaupun hanya dengan bertepuk sorak..."

Kita hanyalah manusia biasa yang sinonim dengan kesilapan dan kealpaan. Cerita kita, hanya kita yang tahu. Tapi, kenapa mereka yang berteriak lantang?

Anyway, Happy Birthday!

Tuesday, December 09, 2008

Buku oh buku...

Berthinking jugak nih, kenapa facebook tetiba jadi hot? Adakah kerana friendster boring? Atau, myspace dah tak besh? Adakah?

Dah agak lama jugak sign up facebook tu.. tapi macam malas nak login selalu. Agak penatlah nak melayan applications yang sangat banyak tu. Tak faham motif application tu pun ya jugak. Buta IT lah katakan. Haha.

So, tadi masa agak kelebihan. Err, maksudnya, ada masa yang kalau tak digunakan akan terbuang begitu saja. Jadi masa itu telah mengambil kesempatan untuk login facebook yang dah bersawang tu. Ayat pun dah weng (facebook punya pasal lah ni!)...

Tapi keadaan masih sama, tengok jer applications n request yang banyak tu, terus rasa nak logout. Haha. Nampak sangat malas. Applications tu memang fun2, cute2. But, I'm sick of that thingy lah... banyak sangat... heleppp... hellepp...

Yep, senang citer logout jer. Pening pulak nak tengok satu2. Tak tahu lah bila pulak nak login balik pasni. Konfem bertahun. Heh.

Friday, December 05, 2008

Morning Glory

Pagi tadi masa nak pegi keje, terperasan satu keta parking just opposite my car. Hmm, ada sesuatu lah. It's not the car, but the number. Terus grab camera. And, I smile a lot since then... :)

Well, the number has its own story. An unforgettable story.

Wednesday, December 03, 2008

I did silly things...


Yep. Sometimes. Macam last two days. Follow a car semata2 sebab nak tengok siapa perempuan yang duduk sebelah driver tu. Pastu bila the driver perasan, that car macam lost direction. Tak sure nak pergi mana yer, cik abang? Cilok la, tak kesah. Heks. Loser.

Gosh, watever it is, that was silly. Tanak buat lagi. Serius, tanak buat lagi.



Note: Happy Birthday to my dearest buddy, Ikeen! Friends for life. Luv ya!

Monday, December 01, 2008

That's not my name...


Pernah dengar lagu 'That's Not My Name' by The Ting Tings? Ahaks, yep, that song! Awesome kan... hehe... tapi lagu tu actually tak ada kena mengena sangat dengan entry nih... muahahaha..

Nama. Yep, nak cerita sikit pasal nama. Berapa banyak nama yang korang ada sejak keluar melihat keindahan dunia fana nih? Hmm... maksudnya, nama mungkin satu tapi yang nih including nama yang
orang lain suka2 panggil korang. Suka2 maksudnya nama yang kadang2 empunya diri sendiri tak brapa nak suka dipanggil dengan nama tu. Atau maksudnya, ala2 nama manja. Atau maksudnya, nama panggilan iaitu nickname cakap omputihnya. Err, brapa banyak punya maksud daa... Heh.

Tapi tak semua nama tu korang tak suka... kan? Nama yang ada makna yang baik takkan tak suka kot? Kan? Kan? Actually nama yang maknanya baik2 tu la yang kita selalu harapkan orang lain akan gunakan untuk panggil kita. Betul tak?

Kalau perasan, nama budak2 sekarang nih canggih2. Nama nak yang hebat2 jer. Cehh... macam jeles jer bunyinya eks. Hehe. Tapi, tak dinafikan ada jugak nama kengkawan yang ala2 sebaya yang besh2 jugak. Terfikir jugak, manalah parents dorang dapat idea.

Totally differ from my name. Short and sounds classic to me. Actually not classic la, nama common orang dulu2 la kot. Nama kampung. Haha. But, I do like my name. Yep, so much! My real name is FA-DZI-LAH. Which is, orang selalu pronounce as FAD-ZI-LAH. Which is, tak brapa besh la pronounciation tu. So girlish and sounds gedik kan? Heh. Plus, bila salah sebut, makna pun dah lain. Tu yang rasa tak menge-besh-kan tu.

Alkisahnya, nama yang indah nih (cehh.. perasan!) arwah Atuk Abah yang bagi. Masa nak register tu, arwah tulis nama tu dalam jawi. Which is, suppose dalam rumi spelling dia - FADHILAH. Kalau sebutan dia betul, nama tu membawa makna yang cukup indah - kelebihan. Kan cantik tu. Tapi maybe orang tu tak tahu the exact spelling, so dia hentam sajerr. Jadi, makna dia pun dah lari tune. Heh, apa2 jer lah...

Tapi... dari satu nama yang pendek tu, dapat macam2 nama yang lain pulak. Ada yang suka and ada yang tak brapa nak suka. Yang tak suka langsung pun ada. Tak kesah la, janji roxx kan. Antara nama2 tu termasuklah;

1. Fad-zi-lah (nama penuh tu... sumtimes rimas bila orang pronounce camnih)

2. Dilla (nickname yang biasa guna kat memana)
3. Kak Ngah (family and cousins kdg2 dorang guna nama nih... kakak2 sangat!)
4. Kak Ngah Kecik (dalam family besar ada few Kak Ngah and I'm the smallest *wink*)
5. Illa (tak suka if orang panggil nama nih, mcm gedik jer)
6. Zilla (tak suka jugak, gedik sangat)
7. Faz (tak brapa suka, tapi ala2 DJ Fuzz pulak.. haha)

8. Fazi (ada gak orang panggil dgn nama nih, kreatif betul dorang nih)
9. Cik Dil (kat sekolah dengan gank yg close sumtimes guna yang nih)

10. Ninja-D (ID anonymous yang sengaja direka so that orang tak kenal)
11. Fadillah (ada gak yang tak sure spelling)
12. Fazdilah (sekali lagi kes konfius dengan spelling)
13. Adilatul Munna (ni bebudak kat ITM dulu saja tiru nama sorang lecturer - Aliyatul Munna)
14. Ceegu (kelakar seh, close frens masa diploma jer yang panggil dengan nama nih sbb jadi cikgu dorang utk statistic - i lurve numbers!)

15. Sugus (member ITM yang bagi nama nih - suka!)
16. DJ Dilla (nih kalau member2 kat radio panggil)
17. Wardilla (tak sure either dorang tiru nama Wardina or Kak Warda - fafau la nih!)
18. Dill Kya Kare (bebudak opis mmg sengaja membollywoodkan namaku!)
19. Don (err... yang nih tak tahu sapa yang start, yang pasti budak opis lagi!)
20. Dill (nama yang comfortable and selalu guna sekarang nih)
21. Fadilla (yang ni special sikit sbb ada sorang jer yang guna *wink*)
22.
Adik (yang nih lagi tak faham, napa mamat tu panggil camtu? bila pulak jadi adik dia nih?)
23.
D (erk, lately ada yg start balik panggil dengan nama nih, which is macam tak berapa nak suka, heh!)

Hah, tu yang cross my mind sekarang nih la. Nanti kalau ada lagi, kasi update list nih later. Ey, nametag masa secondary pun masih simpan taw. Ahaks.

Wednesday, November 19, 2008

Gadis Melayu?


Rasa kelakar pulak bila ingat balik. Tapi dalam kelakar2 seram tu actually benda ni menyedarkan sikit dari terus tidur lena la kot. Cenggini ceritanya. Tengah hari tadi masa kat toilet nak mensucikan diri, seperti biasa before bertemu KEKASIH hati kan. Tetiba ada suatu suara tegur dari belakang. Rupanya seorang mak cik yang buat cleaning servis kat ofis nih ada kat situ jugak. Selalu panggil dia 'Cik Ju' jer. Mak cik nih memang baik sangat and peramah jugak. Maybe umur Cik Ju ni ala2 umur mama kot.



Cik Ju: Hmm, kenapa tak masuk gadis melayu?
Me: Huh? (berenti cuci muka kejap) Apa dia Cik Ju? (tak dapat tangkap, blur)
Cik Ju: Alaa... gadis melayu yang kat TV9 tu...
Me: Owh... yang tu ker? Tak layak la Cik Ju... (sambil gelak2 blur, heh)
Cik Ju: Acik tgk Dilla ada ciri2 gadis melayu la... (dia tepuk2 manja bahu ku ini...)
Me: Hahaha... audition dah lepas la pulak... (gelak and try play safe sbb tak tau nak ckp apa)
Cik Ju: Nanti kalau ada lagi, cuba la...
Me: Okies... terima kasih Cik Ju... (sengih sambil tgk Cik Ju kuar dari toilet)


Lepas abis solat, apa yang Cik Ju cakap tu still teringat2 kat kepala. Harap2 solat tadi tu diterima la hendaknya. Amin. Bukan teringat nak masuk benda alah tu ke hapa. Tapi, tersedar lebih lagi. Persoalannya, layak ker Cik Dilla nih jadi gadis melayu? Terlalu banyak kekurangan. Dan yang lebih teruk lagi, tak berusaha pun nak perbaiki kekurangan tu.

Pandai masak ker? Jahit baju? Mengaji? Alahai... cane la Cik Dilla nak compete dengan dorang yang hebat2 tu?

Maka, tersedarlah Cik Dilla dari terus dibuai lena oleh mimpi2 indahnya... Terima kasih, wahai Cik Ju! :)

Friday, November 14, 2008

Menunggu datang gelap...

Aku terima kekalahanku. Aku salutkan kemenanganmu.

Monday, November 10, 2008

DJ Fuzz


DJ Fuzz, I'm your biggest fan!


Hey. It's kinda weird-strange-freaky confession I guess. I kept on repeating his name again and again while I'm alone, lately. Haha. And, rasa macam tak besh jer if terlepas his set of the mixshow. Then, dalam kepala nih selalu fikir, siapalah mamat yang cool nih?

His name is DJ FUZZ. Ala, if korang selalu dengar Club Hitz kat Hitz.fm sure pernah dengar nama dia nih. I dun have any idea macam mana dia nih. But, I have feelings that he must be 'one of a kind' yang cool2 jer and music genius. Kan?
His selection of songs memang besh2. Whoa... selalu up2 dia nih taw. Padahal, tak kenal pun. Haha.

Gosh, cant believe I wrote this on my blog. Haha. Aduyaii... crush do happens rite? But this one is different. It's more like fan-DJ kinda stuff la kot.

Yep, I fell in lurve with the DJ.



Note: If anyone of u have any info bout this fella, purleaassee kindly forward it to me, kay! TQ :)

Wednesday, November 05, 2008

Kecik VS Besar


Semalam, balik keje relax2 sambil buat yoga on bed. Spontan jer tangan capai Chester comel. Pastu tak sedar terus kish2 teddy comel tu. Then, amik pulak 'Prefect'. Terus hug2 si besar tuh. Tak perasan, agaknya macam tulah rutin hari2 bila landing2 kat katil. Kot? Dah jadi habit. Semalam baru terperasan. Hmm, macam kanak2 ribena pulak kan.


Tapi kan, rasa tak besh taw if sehari tak dapat hug si kecik and si besar tuh. Sayang sangat kat dua2 teddies nih. Dua2 hadiah orang bagi. Ada lagi satu teddy, Shinoda. Tapi tinggal kat JB. Shinoda besar sikit compared to 'Prefect'. Jangan tak caya, dah dekat 7 years age Lil' Chester tu taw. 'Prefect' tu pulak 4 years. And Shinoda, about 6 years.

Actually, ada few lagi teddies yang lain. Tapi, those 3 yang special sikit. Rasa macam tak sah if tido tak hug Lil' Chester. If terjaga tiba2 pun, sure cari si kecik tu dulu. Yang besar tu pulak selalu jadi mangsa tempat lepas geram. Selalu kena pijak2 kalau tgh layan stres. Haha. Tapi masa nak pijak tu, tukar nama dulu. Sebutlah nama sesapa yang patut kena pijak. Puas hati. Hehe. Kesian si besar.

Hmm... dah age macam nih pun still simpan teddy bear. Kelakar. Tapi, tak kesah la. Lagipun, sayang sebab orang hadiahkan. Kita kena appreciate pemberian orang. Agak2 orang lain pun macam tu jugak ker eh? Mesti ada kot. Or maybe ada yang still simpan bantal busyukk ker, kan? Ahaks! :)


Huggable! :)


Nota: Kadang2 ada benda yang kita rasa biasa2 jer, tapi tanpa kita sedar sebenarnya benda tu penting jugak.

Monday, November 03, 2008

Kusut Tahap Gaban


Serabut. Tensi. Emosi. Kusut. Sedih. Geram. Sakit. Tak tahu mana satu. Paling sure, jiwa kacau. Tahap gaban. Hati mati, lagi.

So now...

Remember everything. Forgive nothing.

OR

Remember nothing. Forgive everything.


Which one do I prefer then? Hmm, that's f**king hard!