Tuesday, June 15, 2010
KB: lihat, dengar dan rasa
Alhamdulillah, semuanya ok2 sajer. Kita dah pun balik dari KB dan masuk ofis untuk teruskan keje2 yang sentiasa penuh atas meja. (Encik keje, saya cinta kamu!) Owh, macam ayat yang kita cakap pada Kak Warda semalam ~ I love my job, now. Hakikatnya, ayat kita tu salah. Wakaka. Sengal. Owh, maksud kita bukan statement tu salah. Supposed ayat tu jadi macam ni ~ I love my current job. Haha. Sunggoh sengal.
Tapi, dorang macam taded yang tegur jer. Kita pun buat tak tahu jer. Padahal dalam hati, kutuk2 diri sendiri. Haha. Takpelah, jarang salah cakap. Sekali sekala apa salahnya, kan? Haha. Yep, kita memang sayang keje sekarang ni. Kalau tak, taded kereta, taded rumah sewa, taded makan2 sampai pengsan, taded maxis nak bagi kita cakap lelama kat telefon nokia tu. Maknanya taded fulus, taded la life yang hepi mepi nih. Heh.
Okies, dah setel merapu pasal keje. Now, nak cakap pasal KB pulak. (Haa, penggunaan 'now' kali ni betul. Serius. Hehe.) Last weekend, kita ikut Kak Warda balik kampung dia. Ini pertama kali kita sampai kat KB. Tak pernah okk sejak lahir ke dunia ini. Fuhh, ternyata berbeza dengan apa yang kita selalu imagine pasal KB ni. Totally lain. Serius. Mula2 macam tanak pegi, tapi kita nih memang spesis yang suka nak tengok, dengar dan rasa culture orang lain. So, lepas dah fikir2, kita decide mahu ikut sajer. Lagipun sajer nak tukar angin. Nak redakan jiwa yang kacau pun ye jugak. Dan, kita rasa jalan2 mencari makna setiap sudut indah ciptaan Yang Maha Esa memang terapi yang baik. Kan? :D
Journey kali nih tidak bermotif jalan2 suka2 sajer. Kita pun tolong2 sibuk memeriahkan majlis ijab kabul Kak Tasnim. Dia sepupu Kak Warda. Dan, kita kenal adik dia, Lina. Seronok giler. Dah lama tak rasa suasana kenduri-kendara kat kampung macam tu. Paling tidak, riuh rendah macam tu masa hari raya. Yelah, kena tunggu adik2 or kazen2 kita naik pelamin kot baru dapat rasa macam tu. (Kita? Lambat lagi rasanya. Heh.)
Jumaat, rewang2. Petang tu sempat pegi jalan2 kat KB. Sabtu, perantin bersanding. Malamnya, jalan2 Wakaf Che Yeh. Ahad pulak, pegi Besut ikut rombongan perantin perempuan ke rumah perantin lelaki. Kalau kat Johor dorang panggil majlis bertandang atau majlis jemput menantu. Giler besh, rumah perantin lelaki tu betul2 tepi laut. Sangat jeles okkk. Hehe. So, on the way balik ke KB, kitorang drop by kat Tok Bali. Subhanallah, what a beautiful beach! Sangat mengujakan. First time jugak pegi beach dengan sunggoh sopan, berbaju kurung bagai. Haha.
Satu lagi momen peribadi yang awesome ~ lurve it! Thanx to Kak Warda + family. I heart u, lots! :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
asal buruk benor pic yg pling bwh tuh..?? asal akk nmpak cm arnab jerk.... wakakaa :p
arnab comel aper... hihihi.. :D
Post a Comment