Monday, March 01, 2010

Cinta Rasulullah


Jumaat lepas, dapat satu lagi pengalaman baru. Saya join kawan2 ofis yang lain berarak sempena Maulidur Rasul kat Stadium Malawati. Saya dapat rasa ada satu perasaan yang special berbunga2 dalam hati saya masa berjalan sambil berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah (s.a.w). Jiwa terasa meluas dan bahagia... :)

Seingat saya, masa sekolah agama dulu memang pernah join aktiviti2 macam ni. Marhaban masa bulan Syawal, nasyid, majlis Maulidur Rasul, etc. Tapi mungkin masa tu tak faham dan tak menghayati hikmah di sebaliknya. Tak betul2 rasa dengan suara hati. Setiap kali cuti, dalam kepala cuma fikirkan nak relax2 and layan TV.

Bila waktu semakin pergi, rasa macam terjaga daripada tidur yang panjang. Sedar dah rugi banyak masa. Banyak soalan bertimpa2 dalam hati. Kenapa dulu tak amik peduli? Kenapa dulu takde rasa macam ni? Kenapa dan kenapa dan kenapa...

Alhamdulillah, harap2 masih belum terlambat untuk membalas cinta Baginda. Mengenang sirah2 yang ESQ kongsi dalam training MCB Sabtu dan Ahad lepas, sejujurnya tak mampu nak tahan sebak yang mengusik hati. Air mata cepat jer menetes. Terlalu sedikit yang saya tahu tentang lelaki mulia ini. Walhal terlalu banyak pengorbanan Baginda untuk umat akhir zaman. Bahkan Bagindalah yang akan memberi syafaat di hari akhir nanti.

Persoalan2 yang bertalu2 ditanya dalam training tempoh hari seolah2 menampar wajah yang sedang lena dan sememangnya berbekas dalam hati. Ternyata takde kata2 jawapan yang mampu terluah. Hanya bergetar hebat di segenap alur nadi. Pertanyaan yang menyentak jiwa seorang pendosa seperti saya. Dan, moga2 ia akan jadi reminder untuk diri saya...


"Sudahkah engkau mengenal Rasulmu?"

"Sudahkah engkau mengajarkan tentang Rasulullah kepada anak-anakmu?"

"Pernahkah engkau kenang jasa dan pengorbanan Rasul mulia itu?"

"Sudahkah engkau berterima kasih dengannya kerana mewariskan Islam kepadamu?"

"Maka... mengapa engkau melupakannya? Mengapa engkau tidak berselawat untuknya?"

"Lalu... mengapa engkau jauh dari kasih sayangnya? Mangapa engkau jauh dari ajaran mulianya?"

"Maka... jika engkau merasakan engkau kenal dengan Rasulmu... sudahkah engkau balas cintanya?

"Jawablah... mengapa tidak engkau membalas cintanya?"



Selawat dan salam Ya Habibi Ya Muhammad...




NOTE: Team Karangkraf menang tempat ketiga untuk kategori Sepanduk Perarakan Terbaik. Congrats to all! Especially kepada Abg Faizal sebab design banner beliau yang meletopp! :)

4 comments:

mesin.taip said...

ye tahniah juga kepada abang faizal yg telah men'design cover novel mimpi yg pasti dengan kebabom skali.... :)

(eh?ni faizal yg sama ke?)

Anonymous said...

yep, beliau adalah muhammad faizal jaafar.. bukan faizal hassan or faizal tahir or faizal ismail or rj shahfaizal ya.. ahaks..

ps: ramai pulak kengkawan nama sama.. heh..

Istana Puteh by Geecantik said...

oo carut aku lertu... mesin antik.. siap ko...

Anonymous said...

promo sikit : sesape yang ingin mendapatkan buku resepi masakan sila jgn segan dapatkan khidmat abang faizal untuk mekap anda utk apa jua acara...hehehe

mesin.antik