Thursday, December 10, 2009

Imun

Semalam, cermin kereta terkena batu kecil yang mungkin terpelanting daripada lori nearby. Crack bout 6 inci kot. Sedih sehh. Saya biarkan jer hati nih pedih. Kena terima hakikat, kadang2 kita tak mahu sesuatu tu terjadi. Tapi, mungkin dah sememangnya saya yang terpilih untuk terima ujian tu. So, redha. Saya mahu tenang2 jer sebab saya yakin itu adalah tanda DIA sayangkan saya.

Hari ni, crack tu dah semakin panjang. Dah 10 inci. So, saya decide untuk repair. Now, alhamdulillah ok kot. Harap2. *smile*

And, hari ni birthday 'orang' tu. Saya decide untuk text dia and wish. Alhamdulillah, did it. Tapi bila fikir balik, kenapalah saya ni baik sangat ek? Walaupun saya tak mungkin dilayan sebaik itu? Perlu ke saya buat camtu? Takpelah, at least saya tahu dia mesti senyum bila dapat text saya tu. Saya tahu. Yep, walaupun saya tak mungkin dilayan macam tu jugak.

Bila dia reply dan ucap terima kasih, saya tahu saya lebih happy. Sampai mata masuk habuk. Tapi, dia tak perlu tahu saya happy. Lebih2 lagi kalau saya tak happy, lagilah saya tak mahu dia tahu. Dan saya tahu, dia pun tak mahu ambil tahu. Nama saya pun mungkin dah out of record. Faded. Takpe, redha.

Entahlah. Kadang2 saya rasa saya selalu pentingkan perasaan orang lain berbanding perasaan sendiri. Saya fikir, apa yang saya suka, bila saya buat kat orang lain maka orang lain pun akan suka jugak. Umpamanya, saya suka senyum kat sesiapa jer. Sebab saya pun suka kalau orang lain senyum kat saya.

Hmm, kenapa saya emosi nih? Come on, Dilla... chill! Hehe. Okies, the craps end here. Cut. Cut. Cut.

Lagipun, saya bukan tak biasa berdepan dengan dugaan. Banyak dah, dari kecik sampai sekarang. Saya lebih suka beralah dengan keadaan. Sebab saya rasa, kalau banyak dugaan yang saya terima, jauh lebih banyak lagi rezeki yang indah2 DIA dah bagi berbanding ujian yang sikit tu.

Jadi, saya sudah imun.



NOTE: Esok public holiday. Saya nak pergi MATRADE ~ recharge 165. Yeay.

1 comment:

FarEastloveBrownies said...

ummmm....sabar je la....