Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Dear family & friends,

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia, seikhlasnya saya menyusun sepuluh jari menginsafi keterlanjuran yang telah saya lakukan sama ada sengaja atau tak disengajakan sepanjang saya menjadi sebahagian daripada kehidupan kalian.

Secara peribadi, saya sentiasa mahu menjadi yang lebih baik dari hari ke sehari. Mungkin juga ini Ramadhan terakhir saya bersama kalian, tiada siapa yang tahu, kan? Semoga kalian memaafkan segala kekurangan diri ini. Insya-ALLAH selagi nyawa ini dipinjamkan, saya sentiasa berdoa agar kita semua terpelihara di bawah lindungan rahmat-NYA. Ameen.

Saya mengharapkan Ramadhan ini juga menjadi titik mula kehidupan yang lebih baik dan bahagia. Saya mohon dipelihara jiwa dari segala kepalsuan dunia yang melalaikan. Moga-moga tiada lagi tangisan kesedihan hanya disebabkan hal dunia, kerana hala tuju saya hanya DIA. Maka, saya bersedia untuk kehilangan apa sahaja, insya-ALLAH.

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk DIA. Saya mensyukuri kasih sayang-NYA yang tidak terbanding, kerana tahun ini sekali lagi saya berpeluang merasai nikmat dan indahnya Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini lebih memberi makna kepada diri yang hina dan kerdil ini. Mudah-mudahan diampunkan segala dosa-dosa silam. Dan, saya berdoa agar ibadah di bulan mulia ini diterima dan mendapat keberkatan-NYA. Ameen.


Ya Rahman, ya Rahim...
Dosaku menggunung tinggi
Tapi, taubatku tak kutepati

Ya Quddus, ya Salam...
Rahmat-MU melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Ya Mukmin, ya Muhaimin...
Kini kuingin kembali pada-MU
Mengharap maghfirah dari-MU
Mogakan terampunlah dosa-dosaku

Ya Sami', ya Bashir...
Biarpun ujian melanda
Kutetap berkasih pada-MU
Kerana kuyakin kasih-MU kekal tiada sudahnya


Marhaban ya Ramadhan. Mohon maaf zahir batin.




NOTE: Encik Faizal Hassan dan keluarga, salam dihulur maaf dipinta... saya hanyalah manusia biasa yang sering terlalai dengan magnet dosa... semoga tiada sengketa... :)

Tuesday, August 18, 2009

Update Liburan Paris Van Java


Lunch tadi Kak Long text, tanya mana gambar Bandung. Actually, kami takdelah berposing sakan masa pergi sana. Sebab, kami banyak aksi2 bershopping. Selain shopping, kami kat dalam mobil meredah trafik yang padat dan sesak kat tengah2 bandar Bandung tu. Dan selain tu, kami kat kafe bersantap atau kat hotel, tidur.


Bila tangan dah penuh dengan beg plastik bagai, celah mana pulak nak pegang camera and nak snap2 kan? Lagi satu sebab kami semua pakai mask. Jadi, keterujaan untuk amik gambar tu kureng sikit. Letih dok asyik membetulkan mask. Hehe.

Tapi, tetap maintain pakai mask tu. Takut beb, karang tak pasal2 dipersalahkan sebab bawak balik virus pulak. Most of the time, kami cuma nampak mata jer. Tak dapat la nak usha kang mas Bandung (wakaka). Macam pengganas pun ya jugak. Bak kata Naz, ala2 geng Noordin Mat Top. Hahaha.


Shopping kat sana memang tak hengat. Maklumlah, masa tu kami nih jutawan segera. Most of barang2 dia memang murah berbanding kalau kita beli kat sini. Bila part nak bayar jer, konfius jap. Duit dia besar2. Ke hulu ke hilir dok guna applications calculator kat hp. Tak pasal2 kepala jadi slow bab kira2 nih. Hahaha.


Factory outlet memang banyak dan besh. Yang jadi masalah ialah masa yang tak cukup. So, kami singgah mana yang sempat. Levi's original pun sangat murah. Tempat paling banyak kali kami pergi is Pasar Baru. Setiap hari kami pergi sana. Tak puas katanya. Ada sajer barang yang kami nak beli kat sana. Barang apa jer yang takde kat sana, u just name it. Mahu tak bankrupsi kami. Japanese cotton dia murah tahap cipan. Tu belum lagi singgah FO. Tak ke juta2 rupiah terbang? Kan? :)


Bab makan, takde hal. Kami makan di kafe makanan orang sunda dan padang. So, the food okies2 sajer. Takdelah lain sangat dengan makanan kita kat Malaysia. But still, kami tak berani nak makan kat tepi2 jalan sebab takutlah... mana tau perut meragam pulak, kan. Jadi, supir kami --> Mas Yayan bawak kami makan kat bistro atau kafe. Terjamin sikit. Harga meal around 50,000 rupiah jer. Yang penting, enak sihh! :)


The trip was fun! Awesome! Kalau ada peluang, nak pergi lagi untuk sight-seeing pulak kot. Yang pasti bekalan ongkos harussss ditambah lagi. Hehehe. Cuma ada sikit dugaan. Dan secara tak langsung dugaan tu membuatkan fikiran kami tak seratus peratus berlibur. Ada beberapa portion yang tertinggal kat Malaysia. Jiwa kacau. Apapun, kami cuba untuk tidak peduli dengan kekalutan fikiran yang menyerabutkan dan try to enjoy each moments yang tak mungkin terganti nilainya.

Kak Na, Kak Ja, Naz... the moments will always be remembered! Nanti kita cuti2 lagi yer! :)



**Pix nih tak abis upload lagi. Banyak lagi beb. Lembap, malas nak tunggu. Esok2 kalau sempat, up lagi. Daa... :)

Saturday, August 15, 2009

Liburan: Kota Bandung


Malam tadi kami selamat sampai kat LCCT, KLIA. Alhamdulillah. Mula2 berdebar gak sbb flight delay and cuaca pun macam agak tak best. Dah la bawak balik banyak barang. Habis bankrupsi gue. Hehe.

Memanglah kami liburan. Enjoy shopping2. Kalau nak ikutkan, seronok! Tapi, sinetron yang tertinggal kat Malaysia buat kepala kami serabut. Nak share banyak benda nih, tapi, esok2 lah kot cerita panjang sikit. Belum ada mood. Heh.

Update later la yer... :) Apa2 pun, Bandung roxx!



Thursday, August 06, 2009

Flashback: Episode 2


Pelik tapi cute. Dua2 mengaku superhero. Adiwira komik, konon.

Seorang mengaku superman. Seorang lagi ultraman.

Sayangnya, cuma Louis Lane yang faham Clark Kent. Dan, cuma Minami yang sesuai untuk Akuto.

So, ada sesapa pulak nak mengaku spiderman lepas nih? Ahaks.




NOTE: Peter Parker is my fav hero, always! :)

Monday, August 03, 2009

27sx

Setel dah dua2 buku nih.

Sabtu lepas masa beli buku kat Pesta Buku Selangor, mamat tu tanya berapa umur. Mesti dia ingat minah yang beli buku tu belum dewasa, mungkin.

Gelak dalam hati jer. Bibir tetap senyum. Sebab memang fenomena tu dah biasa sangat.
Then, mamat tu unjukkan jemarinya ke sudut bawah kiri kulit buku tu. Actually dah tau pasal tu dah.

Hadiahkan senyum paling mulus lagi untuk mamat tu. Then, pelan2 bagitau dia umur, jujur nih.


Dia senyum, dan kata... "Ya ke?" Nada dia macam tak percaya.


Then, angguk2. Bayar. Blah.


Napa la tanak caya? Haih. Susah jugak kalau selalu macam tu. Kan? Hoho.


Imej pada hari membeli buku. Ya, bulan ini saya berusia 27 tahun 11 bulan.