Thursday, May 14, 2009

5 Hectic Weeks

Kiranya ini adalah kisah 5 minggu paling hectic dalam hidup, so far la. Start dengan minggu KLIBF PWTC 2009. Penat melampau tapi enjoy and finally 10 hari tu kira sukses. Alhamdulillah. Kondisi sihat pun masih maintain. Dalam penat2 tu, happy sangat sebab received a letter. Cuma, frust sbb surat tu dah ada orang bukak (and maybe orang tu dah baca kot). Memang frust sangat sampai tak boleh tahan nak nangis. Biasa la... gue kan cengeng! :) And, lepas baca surat tu, sekali lagi mata masuk habuk. Terharu sangat. So, untuk awak yang sangat dekat di hati... THANX LOTSSSS!




Lepas 2 weeks berkampung kat PWTC, sambung balik keje2 yang banyak kat ofis pulak. Pastu busy kemas2 barang pindah rumah.

Then, the following weekend sambung pulak dengan training kat PWTC gak. Tapi, ESQ course tu mmg besh la. Sa
ngat2 mengubah persepsi. Sedikit kagum dengan trainer utk course 3 hari tu. Wahhh, luar biasa cakeppp dehh. Sekali lagi, syukur sangat2 sebab ALLAH permudahkan kitorang (team Alaf) utk attend course tu. So, straight Jumaat, Sabtu, Ahad berbanjir-banjiran kat PWTC. Hehehe, cuma kita2 aje yang tahu... :)

ESQ trainer, Pak Aminul Rachman Pulungan... waduhhh, luar biasa indah ciptaan-NYA dehh! :)
Following monday, masuk ofis dengan jiwa yang baru. Rasa tenang jer. Boleh rasa beza. If sebelum nih, kuat nangis... tapi hari tu lain. Macam dah kuat sikit. Dah boleh control sebab dah jelas untuk apa sebenar2nya air mata tu. Persepsi memang serius dah berubah. Tengok semua orang, rasa sayang! And, minggu nih nak setelkan barang2 kat rumah baru. Yeay! Memang dah target nak setel dalam minggu tu jugak sebab weekend nak balik JB pulak.

Huh, penat sehh. Sabtu pagi, drive balik JB. Kena sampai before lunch hour. Nak attend wedding Maliah Surip, classmate SSI'98. Haruss datang wedding nih. Sampai jer rumah, terus setelkan baju and get ready nak gi wedding. Seperti biasa, kalau gi wedding member sekolah memang tak hengat la meriahnya kan. Lupa kejap masalah2 yang melekat dalam kepala. Besh gilas wedding Maliah, gue jadi cemburu dehh. Apa taknya, Amy Search pun attend wedding tu. Hattan and Misha Omar pun ada. Misha siap membuli Maliah and Razak menari masa dia nyanyi special utk merai cinta dua sejoli nih. Alahai, romantis bangat. Besh!

Titipkan doa yang baik2 jer utk kalian, ameen...

Yang lagi besh, malam tu ada konsert Search kat JB. And, bangga gilas sebab Maliah and Razak sekali lagi dirai kat stage dalam konsert band yang super legend tuh. Wahh, gerek gilass! Siap pakai baju pengantin lagi pegi konsert tu! If sesapa interested nak tau citer yang lebih original dan tak ditapis, rajin2 la ke blog perantin baru ni yer... --> Beb, aku jeles gila nih! :)

Tak habis cerita perantin kat konsert Search, monday tu ada misi lain pulak. Nak drive balik KL. Tapi tak balik sorang. Mama, Atis and makngah pun ikut sama. Nak bawak dorang gi rumah cousin kat KL. And, yang jadi tak besh, dah terasa aura2 nak kena demam. Time after time, yep, memang tak mampu nak elak. Flu kali nih memang teruk. Sakit whoaaa. Ditambah pulak dengan text dan keadaan yang tak diundang dalam situasi tak bersedia. Dengan rasa rendah diri, terima jer semua dengan redha... Lagipun, mama and makngah ada masa tu. Rasa macam nak nangis sangat2 tapi simpan dalam hati. Tu pun dorang perasan and tegur kenapa asyik termenung. Huh, sakitnya, hanya DIA yang tahu... Yang pasti perihnya melebihi demam, batuk, flu yang boleh terlihat dengan mata.

"TUHAN, aku berjalan menyusuri malam setelah patah hatiku. Aku berdoa semoga saja ini terbaik untuknya."

"Dia bilang, kau harus bisa seperti aku. Yang sudah biarlah sudah."

"Mudah saja bagimu. Mudah saja untukmu. Andai saja cintamu seperti cintaku. Cuba saja lukamu seperti lukaku..."


Dan oleh kerana tak mahu menjadi perosak plan, pagi selasa tu kitorang enjoy masa yang ada kat Sg. Tekala. Dalam seronok2 tu pun still memikirkan hal yang baru terjadi malam sebelumnya. Ternyata sakitnya belum mahu surut. Hmm, anehnya perasaan. Petang tu badan makin panas. Tapi, still kena drive balik Shah Alam malam tu. So, kena buat2 tak demam. Kalau tak, mama and makngah sure risau. The next day hantar dorang nak balik JB kat Seksyen 17. Lepas tu, demam dan flu terus menggila. Ingat petang tu nak masuk ofis. Tapi serius memang tak larat. Balik rumah, makan panadol then terus tido. Malam jumpa kak warda, sebab rasa nak kena share jugak dengan sumone. Tak larat nak simpan sorang2. Thanx sis! :)


And, arini masuk ofis, sambung balik keje2 yang dah lama bersawang. Tapi, kepala masih serabutttt. Fikiran entah kat mana. Flu masih teruk. Batuk makin menjadi2. Hmm, dilema sungguh!

4 comments:

gReEn APpLe said...

sis...
segala apa yang berlaku terkandung seribu hikmah yang tak dapat dirungkaikan..tabah dik, i.Allah ada jalan yang terang utk dill di depan sana. Doakan kebahagiaan dan kesejahteraan untuk dia di sana..



"TUHAN, aku berjalan menyusuri malam setelah patah hatiku. Aku berdoa semoga saja ini terbaik untuknya."
"Dia bilang, kau harus bisa seperti aku. Yang sudah biarlah sudah."
"Mudah saja bagimu. Mudah saja untukmu. Andai saja cintamu seperti cintaku. Cuba saja lukamu seperti lukaku..."



p.s : tetiba lak mata masuk habuk baca yg dkt atas tuh... huhu

♥ SuGuS ♥ said...

Hmm, siapalah kita utk rasa marah dgn keadaan... kan? Dunia ni tak selamanya kekal...

Seiring dengan doa & air mata yang berbondong2 banyaknya, moga2 ALLAH terus pinjamkan kebahagiaan utk kita semua. Ameen. :)

mizmaleya said...

dilla, amin untuk doa kamu. semoga kamu juga akan ketemu bahagia yang diimpikan.

dan kadang-kadang kita selalu berasa kita tak bahagia atau sebertuah orang lain sehingga air mata dan doa jadi tak seiring.

tapi selalu yakin bahawa Allah mendengar setiapnya walau itu hanya kata di dalam hati dan fikiran di dalam otak. kerana Dia yang mendatangkan setiap sesuatu yang terjadi dan Dia juga mengetahui setiap perjalanan yang diaturNya.

amin. wish u all the best. take care n love u.

♥ SuGuS ♥ said...

maliah,

amin. tq lots ya. take care n love u too! :)