Monday, August 25, 2008

Snap2 Time!


Seperti biasa, few days before puasa, kitorang kat ofis nih akan posing2 sakan snap pic raya untuk web plus kad raya. Kira agenda ofis setiap tahunlah nih. Selain mendatangkan diri ke ofis pakai chanteq2 meletopss ala2 hari raya gitu, konsep potluck tetappp tak dilupakan. Hmm, menariks tuh - lepas penat posing2 kita makan2! I loikkee! :)


So, selepas ahli lembaga mesyuarat tingkap pakat2, diorang sebulat suara mengumumkan hari nih sebagai hari makan2 and posing2. Selalu mood tak berapa nak chill (--> monday blues!), tapi sebab pepagi dah nampak banyak food yang diorang ikhlas nak bawak, terus semangat jadi lain macam! (eh, ye ker?)


Sorang2 datang pakai baju letop2, lagi la tambah meriah kan. Makanan yang macam2 jenis pulak memang nampak sedapp tak hengat. Bila dah ramai yang sampai ofis, diorang pun split. Ada grup yang bz2 hidang2 makanan. Ada gak yang saja buat2 bz (sebenarnya nak ushar ada food besh ke tak.. haha!). Tapi takpelah, janji bz. Heh.


Ada grup pulak yang bz menganyam ketupat *reben. Diulangi, ketupat reben yer. Tapi ini serius beb, bukan buat ketupat ala2 dapat dosa tu eh, ni ikhlas punya keje. Ala, ketupat yang colorful untuk buat props tu jer la. Maka, terkeluar la skill2 yang dah lama tak dishow-off kan. Yelah kan, raya setahun sekali. So, anyam ketupat pun setahun sekali jer la kan. Hehe. Ada gak yang tak tau buat, tapi at last dapat jugak buat. Ni kira kes menuntut ilmu bersungguh2 la nih. Sambil tu, pasang lagu raya. Lagilah semangat kan. Hmm... meriah dan hebatt! :)

So, bila photographer yang ditunggu2 sampai, sesi posing2 pun bermula. Tak habis2 sengih. Penat gak la. Tapi tetapp enjoy. Selain snap2 yang official n exclusive tuh, ada gak kitorang sempat snap2 yang main2 konsep ala2 selamba rock jer tu kan. Jom tengok! Smile, u r on candid camera! ;p


p/s: *reben adalah sebutan orang desa seperti saya yang sama jer maksudnya dengan 'ribbon' iaitu sebutan bagi mereka yang rasa mereka urban. Tq.


The Making of 'Ketupat Reben'

Setting2 tempat nak posing

Snap2 konsep sesuka hati

Editor2 yang suka posing!

Candid masa reramai.. happening!

Makan2 time!

Sopan gitu.. chewahh!

Konsep cermin tetapp di hatiku! :)

3 comments:

Anonymous said...

saya pun org desa jugak..x reti sebut "ribbon"2 ni...reben jugak pujaan atiku...hehehehe...

mesin.taip said...

aku suka konsep bergambar bersama cermin ko tuh...hahahaha

Anonymous said...

uik?? kenapakah ada muka...yg ku kenal ajer nie?? hehe!!