Monday, June 30, 2008

Get Over It!


A few days ago, I received an email from a good friend of mine... and I just wanna share it here... :) Sumthin yang biasa kita dengar tapi maybe kita terlupa... *wink*

'Time heals?'

Ada yang benar dan tidak tentang masa berkabung dan libur ini, kerana tidak semua luka itu sama. Dan masa bukan penawar terbaik cinta. Banyak kesan perpisahan bergantung kepada cara. Dan cara itulah yang banyak mempengaruhi emosi diri serta jangka masa.

Berikan masa untuk diri menyendiri, menikmati sunyi dan menghargai sepi. Teruskan membaca, berdoa dan bertahajud. Apabila hidup kita terlalu dicoraki si dia, memang sukar untuk kembali sendiri. Tetapi inilah masa untuk berdikari, melihat diri dan pergi membeli-belah atau melancong. Keluar beramai-ramai amat mengubati, tetapi nurani sendiri perlu cekal kerana teman bukan wujud 24 jam 7 hari seminggu.

Ada orang putus cinta 'makan banyak' atau mencuba 'benda gila', tetapi segala perkara yang memudaratkan diri perlu dihindari. Mendengar nasihat teman amat perlu disaat-saat ini.
Seminggu sudah cukup lama untuk berduka. Sebulan sudah cukup maksimum. Setahun menunjukkan kamu sangat lemah jiwa dan pendirian. Bersedih memenatkan jiwa dan jgn sesekali memenatkan jiwa dengan berduka sentiasa. Get Over It!

Hanya orang-orang yang teguh jiwanya mampu menjadi sahabat setelah berpisah. Jika merasakan kamu seorang yang nostalgik atau pendendam, silalah tegas memadamkan si dia dari layar memori tanpa mengambil masa terlalu lama. Kamu perlu ingat bahawa lapan dari sepuluh orang yang kita temui semasa hayat hanyalah diciptakan menjadi kenangan, walaupun pernah rapat dan intim.

Idealisme tentang "satu hari mungkin dia menerima aku kembali" adalah frasa yang amat membahayakan diri kerana dalam banyak perkara, harapan adalah perkara paling teruk yang membuatkan manusia sesat destinasi, lambat bertindak, kabur pilihan dan pedoman…


Teruslah menjadi manusia. Belajar memperbaiki diri, belajar ceria dan juga melatih personaliti agar lebih positif dan optimistik. Yang utama, mulakan usaha dengan menyayangi diri sendiri dan menghargai segala keistimewaan dalam diri. Percayalah, kamu akan perlahan-lahan bertambah yakin dan bersedia akan perhubungan seterusnya.

Jika kamu ditinggalkan, itu bermakna si dia itu yang tidak layak mendapat kasih dan cinta kamu. Bukan sebaliknya!

No comments: