Dulu, selalu fikir pasal nih. Nyesal itu, nyesal ini. Pernah gak tanya kat close friends, "Korang nyesal tak if korang tak buat apa yg kawan2 korang buat?" Heh. Macam complicated jer soalan nih kan? Macam susah nak faham jer! Heh. Jawapan diorang pun macam2 gaya. Heh. Contohnya, if kawan2 korang enjoy gi clubbing, smoking, dating, flirt2, or watever yg mcm besh buat masa muda2 nih... tapi korang tak buat pun... agak2 nyesal tak nanti??? Hmm... subjektif kot. Heh.
Normal la kan, teenagers mmg eager nak try new things yg konon2 besh. Guys biasanya nak try smoking, ushar aweks, and maybe cuba2 nak minum air setan. Heh. Tapi, kadang2 pelik kan, bila kita mampu untuk tak buat sumthing yg kita sendiri sedar benda tu tak elok, tapi kita still nak buat. Konon2 happening. Setakat smoking tu, ok la kot. And, what if girls yg smoking? Heh.
Pernah nampak gf bf dating, then bf smoking, tetiba yg gf pun kuarkan rokok. Pelik. Rasa mcm nak tau jer apa yg that guy fikir bout his gf. Sehati sejiwa kot. Or, maybe benda nih normal. Wait, am I weird or sumthing? Or, maybe, I am not normal. Or, typical? Yelah, even membesar kat bandaraya besar pun tak semestinya berjiwa urban, kan? Mungkin jugak kolot. But, that is not my real point here.
Pernah jugak kena tegur sbb bertindik kat hidung. Masa tu fikir nak tindik suka2 jer. Sbb rasa unik. Tapi, kenapa org lain tak suka? Kan lebih elok drpd smoking or clubbing? (Masa tu, guna alasan ni je untuk escape! Hehe.) Then, skrg nih, bila fikir balik, mmg ada benda yg kita suka tapi org lain tgk dari angle yg berbeza. For me, as long as benda tu tak melampaui adab agama dan norma dunia, ok2 jer. Then, if dah tersedar drpd kekhilafan tu, bersedialah untuk menjadi diri kita yg biasa2.
Surrounded with lots of friends, ada yg urban, yg kampung, yg naif, yg nerd, or yg biasa2 jer, meninggalkan byk persoalan dunia yg masih takde jawapan sempurna. Semua dengan alasan tersendiri. Mistakes are stepping stones. Kadang2 bila kita buat silap, baru kita nampak diri kita yg sebenarnya. Mana ada manusia biasa yg perfect. Baik buruk hidup kita, for sure kita sendiri yg tentukan. Cuba untuk menerima kekurangan org lain ertinya sama seperti kita inginkan org lain menerima cacat cela diri kita.
Sesetengah teenage culture nih sebenarnya ada yg interesting. Bukan semua tak bagus. Cuma, for me, ada jugak yg agak melampau. It's not that I'm saying that watever they, or you did is not right. It's really subjective. If you like it, go ahead and enjoy it. Nak temui cahaya yg indah dalam hidup bukan senang. Dan, terlalu byk benda yg kita kena lalui dalam hidup ni selagi bergelar makhluk ALLAH. Yang membezakan kita bukanlah pada kaca mata dunia, tapi hisab Maha Pencipta. Tiada siapa yg lebih tahu melainkan DIA.
Tak kisahlah if org nak kata, "Dilla, u ni outdated lah!" or, "Dilla ni tak gerek lah!" or, "Dilla ni tak besh lah!" or, "Dilla ni typical sgt, otak sempit!" or apa2 jer label2 yg korang nak bagi, the best thing I can do is to understand people... and hopefully, people will understand me.
Tapi sampai hari nih, masih mencari jawapan yg betul2 sempurna. Me? Regrets? So far, takde apa yg nak dikesalkan dalam bab2 menikmati masa remaja yg semakin menjauh. Semuanya ok2 jer even ada sesetengah benda yg 'in' bagi org berjiwa muda remaja yg tak pernah dicuba atau sengaja nak cuba.
Live life to the fullest. Life is too short to be unhappy. Bertahanlah untuk menjadi diri sendiri.
No comments:
Post a Comment