Tuesday, March 30, 2010

KLIBF: Rewind


Alhamdulillah, book fair is over. Untuk tahun nih la... tahun depan ada lagi ~ insyaALLAH kalau panjang umur. Hehe. So far, still maintain okies walaupun badan sakit2. Seyes penat dowh. Sekarang nih, semua yang jadi sepanjang 10 hari kat PWTC dah pun tersimpan sebagai kenangan. Chup... 12 hari sebenarnya including hari display dgn hari packing. Hmm, lama tuh.


So, sepanjang book fair tuh macam2 benda yg jadi. Happy ada. Yang tak brapa nak happy pun haruss la ada kan... :) Macam2 ragam manusia yg terserlah secara sengaja atau tak sengaja. Maklumlah, selalu duduk kat ofis menghadap pc tak brapa nak expose. Hah, 12 hari tuh rasakan... haha!

Tambah pulak, sifat semula jadi diri nih memang suka observe people. Jadi, tak hairanlah kalau nampak macam2 ragam manusia. Even almost setiap hari agak bz, sempat lagi ushar crowd yang menyesakkan hall tuh. Maka, ada la sharing yang nak diluahkan kat sini. Harap2 jadi sesuatu yang boleh kita sama2 fikirkan... :)

Hmm, part nih mmg dah terasa since book fair tahun2 sudah lagi. Cuma tak pernah nak luahkan. Please la... jangan ingat orang yang duduk kat kaunter bayaran tuh, orang yang tidak bijak ya. Ada sesetengah manusia yang rasa2 banyak fulus, diorang nih selalunya act lebey. Mentang2 la 'customer always right', diorang suka tunjuk bijak. Sesuka hati diorang jer nak jerkah2 kat cashier yang rata2 semua comel2 belaka. Hehe. Tapi kitorang nih, hanya mampu senyum jer.

FYI, cashier2 yang duty (untuk Karangkraf especially) kat book fair tuh, semua habis sekolah taw. Editor ada, graphic designer pun ada okkk. Malas jer kitorang nih nak bagitau. Alah, kalau kitorang tak sebijak korang pun, apa salahnya respect kan? So, bukak la mata hati tuh untuk cuba bersikap down to earth ya. Bukan ker kita memang sepatutnya respect semua orang tak kiralah kat tingkat mana pun hidup kita? Kan? Hmm.

Tapi alhamdulillah... sebab lebih ramai manusia yang lebih prihatin dan bertimbang rasa compared to spesis yang sombong2 nih. Jadi, untuk korang2 yang tersedar dengan sikap kekwat yang dah sebati dalam diri tu, harap2 boleh la adjust cepat2 eks. Tak baik taw. Malas nak komen banyak2. Doa jugak supaya jadi reminder untuk diri sendiri. Jauhkan la dari sikap2 yang tak besh nih kan... :)

Apa pun, syukur semuanya sukses! InsyaALLAH, kita jumpa lagi kat KLIBF 2011.



NOTE: Domo arigato gozaimasu jugak kat pemerhati2 yang sudi datang ya... Eh, ada ker??? :D

Tuesday, March 23, 2010

KLIBF: Blue!


Pixta by Pinky iXus ®


NOTE: Blue comel... but ORANGE lagi besh kot... :)

Friday, March 19, 2010

KLIBF: Orange!

Pixta by Pinky iXus


NOTE: Kamal Adli sgt CUTE, tahap sembilan. Nervous jer snap pix tugeder. Ahaks. More pix coming soon... :)

Wednesday, March 17, 2010

Jom KLIBF 2010


Pixta by 6500 Slide

Start esok, mmg busy. 11 hari berkampung kat PWTC untuk KL International Book Fair 2010 (KLIBF 2010). So, kat sana editor pun kena kira fulus. Kira besh jugak la, relax kejap drpd 'membaca' manuskrip yg que dlm waiting list kat ofis. Huh, tapi penat dia takyah cakap la. Tunggu hari ke-12, konfem ada yg flat. Paling tidak pun demam. Heh.

Rasanya dah ready. Mental + fizikal. Internal + external. Errrk. So, pada yang nak join tu, jom la support kitorang. This year kitorang kat Dewan Tun Hussein Onn. Haa... satu hall tu karangkraf sajer. Sure kebaboom.

Owh, ada pemerhati yang nak datang jugak kot. Jadi, silalah ya. Tapi, tengok jer la ek. Jangan tegur2 taw. (Hmm, serammm.) *sigh*

Book fair start on Friday ek. Dari 19 till 28 Mac 2010. Esok kitorang baru nak ready2 hall. Jangan dtg esok pulak. Excited sgt tu. Heh.

On the other hand, Sabtu lepas kitorang (a small team of us; u guys roxx!) ada launch buku solekan Amy Janz. Kat PWTC jugak. Kitorang buat kerjasama dengan Dios Astana, Amy Janz and Rozita Che Wan ~ fuhh, kelass uols! Tapi buat simple2 jer. But then, alhamdulillah sukses. Kat KLIBF 2010 nanti pun ada a few launching. Don't miss out ya! :)


Pixta by Natrah Mat Ja'an

Pixta by RD Safian


NOTE: Suka sangat jumpa Zahnita in person. She's hot. Auwww! *wink*

Tuesday, March 09, 2010

Three


Lil nephew turns 3 today. Happy birthday, Ariff Idlan darling! :) Aunty dill love ya lotsss! XOXO! Rindu arr kat budak cute nih. Aunty doa yang terbaik untuk Idlan, okies!

So, selalunya kalau rindu handsome boy nih, aunty pun layan tgk pixta Ariff Idlan yang byk tak hengat kat dlm computer tu. Stres pun boleh hilang... :)




NOTE: Teringat masa kak long dtg shah alam attend wedding kawan dia. Aunty dill and orang tu babysit ariff idlan kat umah. Besh jer time tuh. It's now a history... uhuk!

Monday, March 01, 2010

Cinta Rasulullah


Jumaat lepas, dapat satu lagi pengalaman baru. Saya join kawan2 ofis yang lain berarak sempena Maulidur Rasul kat Stadium Malawati. Saya dapat rasa ada satu perasaan yang special berbunga2 dalam hati saya masa berjalan sambil berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah (s.a.w). Jiwa terasa meluas dan bahagia... :)

Seingat saya, masa sekolah agama dulu memang pernah join aktiviti2 macam ni. Marhaban masa bulan Syawal, nasyid, majlis Maulidur Rasul, etc. Tapi mungkin masa tu tak faham dan tak menghayati hikmah di sebaliknya. Tak betul2 rasa dengan suara hati. Setiap kali cuti, dalam kepala cuma fikirkan nak relax2 and layan TV.

Bila waktu semakin pergi, rasa macam terjaga daripada tidur yang panjang. Sedar dah rugi banyak masa. Banyak soalan bertimpa2 dalam hati. Kenapa dulu tak amik peduli? Kenapa dulu takde rasa macam ni? Kenapa dan kenapa dan kenapa...

Alhamdulillah, harap2 masih belum terlambat untuk membalas cinta Baginda. Mengenang sirah2 yang ESQ kongsi dalam training MCB Sabtu dan Ahad lepas, sejujurnya tak mampu nak tahan sebak yang mengusik hati. Air mata cepat jer menetes. Terlalu sedikit yang saya tahu tentang lelaki mulia ini. Walhal terlalu banyak pengorbanan Baginda untuk umat akhir zaman. Bahkan Bagindalah yang akan memberi syafaat di hari akhir nanti.

Persoalan2 yang bertalu2 ditanya dalam training tempoh hari seolah2 menampar wajah yang sedang lena dan sememangnya berbekas dalam hati. Ternyata takde kata2 jawapan yang mampu terluah. Hanya bergetar hebat di segenap alur nadi. Pertanyaan yang menyentak jiwa seorang pendosa seperti saya. Dan, moga2 ia akan jadi reminder untuk diri saya...


"Sudahkah engkau mengenal Rasulmu?"

"Sudahkah engkau mengajarkan tentang Rasulullah kepada anak-anakmu?"

"Pernahkah engkau kenang jasa dan pengorbanan Rasul mulia itu?"

"Sudahkah engkau berterima kasih dengannya kerana mewariskan Islam kepadamu?"

"Maka... mengapa engkau melupakannya? Mengapa engkau tidak berselawat untuknya?"

"Lalu... mengapa engkau jauh dari kasih sayangnya? Mangapa engkau jauh dari ajaran mulianya?"

"Maka... jika engkau merasakan engkau kenal dengan Rasulmu... sudahkah engkau balas cintanya?

"Jawablah... mengapa tidak engkau membalas cintanya?"



Selawat dan salam Ya Habibi Ya Muhammad...




NOTE: Team Karangkraf menang tempat ketiga untuk kategori Sepanduk Perarakan Terbaik. Congrats to all! Especially kepada Abg Faizal sebab design banner beliau yang meletopp! :)