Semalam, cermin kereta terkena batu kecil yang mungkin terpelanting daripada lori nearby. Crack bout 6 inci kot. Sedih sehh. Saya biarkan jer hati nih pedih. Kena terima hakikat, kadang2 kita tak mahu sesuatu tu terjadi. Tapi, mungkin dah sememangnya saya yang terpilih untuk terima ujian tu. So, redha. Saya mahu tenang2 jer sebab saya yakin itu adalah tanda DIA sayangkan saya.
Hari ni, crack tu dah semakin panjang. Dah 10 inci. So, saya decide untuk repair. Now, alhamdulillah ok kot. Harap2. *smile*
And, hari ni birthday 'orang' tu. Saya decide untuk text dia and wish. Alhamdulillah, did it. Tapi bila fikir balik, kenapalah saya ni baik sangat ek? Walaupun saya tak mungkin dilayan sebaik itu? Perlu ke saya buat camtu? Takpelah, at least saya tahu dia mesti senyum bila dapat text saya tu. Saya tahu. Yep, walaupun saya tak mungkin dilayan macam tu jugak.
Bila dia reply dan ucap terima kasih, saya tahu saya lebih happy. Sampai mata masuk habuk. Tapi, dia tak perlu tahu saya happy. Lebih2 lagi kalau saya tak happy, lagilah saya tak mahu dia tahu. Dan saya tahu, dia pun tak mahu ambil tahu. Nama saya pun mungkin dah out of record. Faded. Takpe, redha.
Entahlah. Kadang2 saya rasa saya selalu pentingkan perasaan orang lain berbanding perasaan sendiri. Saya fikir, apa yang saya suka, bila saya buat kat orang lain maka orang lain pun akan suka jugak. Umpamanya, saya suka senyum kat sesiapa jer. Sebab saya pun suka kalau orang lain senyum kat saya.
Hmm, kenapa saya emosi nih? Come on, Dilla... chill! Hehe. Okies, the craps end here. Cut. Cut. Cut.
Lagipun, saya bukan tak biasa berdepan dengan dugaan. Banyak dah, dari kecik sampai sekarang. Saya lebih suka beralah dengan keadaan. Sebab saya rasa, kalau banyak dugaan yang saya terima, jauh lebih banyak lagi rezeki yang indah2 DIA dah bagi berbanding ujian yang sikit tu.
Jadi, saya sudah imun.
NOTE: Esok public holiday. Saya nak pergi MATRADE ~ recharge 165. Yeay.
Thursday, December 10, 2009
Sunday, December 06, 2009
Flashback: Episode 3
Dearest cousin tagged gambar nih kat FB. Gambar snap2 kat kampung. Mana la diorang cilok menda nih. Hmm, those were the days. Haha. Comel.
Tapi... giler gelap sehh. Okies la tu kan, tanned ala2 Tyra Banks, mungkin. (Ahaks, ayat motivasi diri!)
Sekali lagi, haha.
Tapi... giler gelap sehh. Okies la tu kan, tanned ala2 Tyra Banks, mungkin. (Ahaks, ayat motivasi diri!)
Sekali lagi, haha.
Fahmi si kembar tiga, Kakngah si pinky, Kaklong si genius, Farid si kerinting gebu, Faezah si red riding hood, Naemah si gaun ropol2.
Wednesday, December 02, 2009
True Happiness
Mungkin bagi orang lain benda nih biasa2 jer. Atau, mungkin dah selalu dengar, common sgt. But for me, i found it wonderful. Yet, meaningful. Here it goes...
"Tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata2, mungkin hanya dengan senyuman ataupun dengan doa. BERILAH kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula."
Lunch tadi terbaca sumthing kat cover Solusi Vol.14 ~ HIDUP UNTUK MEMBERI. Saya senyum jer sebab teringat pada pengisian yang saya dapat masa attend training ESQ 165 Mei lepas. Actually magazine tu Kak Warda punya, saya belum beli lagi. Heh. :)
'Memberi' on surface nampak macam merugikan. Sebab kita bagi sumthing kat orang lain. Tapi, sebenarnya tak macam tu. Bila kita 'memberi', sebenarnya kita jugak 'menerima'. Cuma mungkin ramai antara kita yang tak perasan. Jadi, tak kiralah dalam form apa sekalipun, biasakan diri untuk memberi. Tak semestinya memberi dalam bentuk material jer. Tangan yang di atas sememangnya lebih baik, kan? Yang penting, pemberian tu akan membuatkan orang lain happy.
Trust me, dengan 'memberi' kita akan rasa purely happy dengan cara yang berbeza2 dan tersendiri. Kalau tak caya, cuba bayangkan perasaan kita bila dapat tolong pimpin tangan hamba ALLAH yang buta melintas jalan, agak2 happy tak? Itu contoh simple jer. Boleh cuba benda lain jugak, asalkan yang baik2 jer. :) Nanti kang sibuk nak cari orang buta jer, yang lain tak buat pulak. Paling senang, senyum. Memang kacang. Tu yang tak faham kalau jumpa orang yang kedekut nak senyum. Rugi kot? Haih.
Kalau lepas buat benda2 tu, kita rasa happy, maknanya taklah susah sgt untuk dapat rasa happy. Sama jugak macam kita korbankan 'rasa' kita kat apa2 jer yg kita sayang kot. Tak dapat apa yang kita nak sangat2, takpe, redhakan jer. Let go, korbankan. Lepas tu, sure happy akan tunggu kita. Kan? That's what we called, spiritual happiness. Bahagia macam perasaan nak berlari cari pintu syurga. Yep, syurga. Huh? Ada orang tanak masuk syurga? Biar betik?
Dan, jangan lupa. ALLAH selalu beri apa yang kita nak. Kadang2 yang kita tak terfikir nak pun DIA bagi. Tapi, kita beri apa pada DIA ek? Kita kena bagi DIA cintalah, kot? Mungkin 'memberi' tu simbolik cinta kita pada DIA, kan? Hmm, think think think.
Macam one of status adik saya kat FB pun ya jugak. Dia kata, SOME OF US THINK HOLDING ON MAKES US STRONG, BUT SOMETIMES IT IS LETTING GO...
Jadi, saya nak BERI lebih banyak lagi lepas nih! :)
Note: Magazine Solusi nih mmg besh, cubalah cari + baca. Seyes tak rugi.
Subscribe to:
Posts (Atom)