Tuesday, September 29, 2009
The Journey : 29.09.2009
I turn 28, today. Yep, sudah 28 tahun bernafas bebas. Alhamdulillah, syukur sangat2 sebab DIA masih melimpahkan kasih sayangNYA. Dunia masih dipinjamkan, kontrak 'journey' masih dilanjutkan.
Kalau on surface, memang usia makin bertambah. Tapi, mampukah 'journey' ini bertahan setahun lagi? Sebulan? Seminggu? Sehari? Atau mungkin sejam? Yep, hakikatnya usia kita semakin mengurang. Maka, semakinlah mendekat dengan kematian. Huhu.
Dan, satu hal yang selalu SAYA lalaikan. Untuk berterima kasih kepada yang sepatutnya - both, papa dan mama. Al-fatihah. Kalau mama + papa takde, kakngah tak dapat tengok indahnya dunia nih.
Infinite thanx and love to dearest mama, sebab bertarung nyawa melahirkan kakngah. I owe ya soooo much! And, mamalah sepatutnya yang diraikan! Terima kasih banyak2 atas doa mama. Memang tak mampu kakngah nak balas. Plus, kakngah berhutang nyawa! Ampunkan dosa2 dan mohon halalkan segala pemberian. Semoga ALLAH jualah yang membalas segalanya. Ameen.
Lotsssa thanx to my dearest family and frens yang call/text since midnite sebab korang ingat and wish. And, ada gak yang drop birthday wishes kat FB. And, ada gak yang bagi present. Thank you, peeps! Terima kasih jugak atas doa kalian. Moga2 diterima olehNYA. Ameen. Seyes, terharu sangat2!
Friday, September 18, 2009
minal.aidil.wal.faizin
Wednesday, September 16, 2009
Heart
“Carilah hatimu di tiga tempat – ketika membaca al-Quran, ketika solat dan ketika bertafakur mengingati kematian. Jika pada tiga tempat itu engkau tidak menemukan hatimu, maka bermohonlah kepada ALLAH agar DIA memberimu hati. Kerana, sesungguhnya ketika itu engkau sedang tidak memiliki HATI.”
- Imam al-Ghazali -
- Imam al-Ghazali -
Tuesday, September 15, 2009
Syahdu
Ramadhan semakin meninggalkan... rasa sedih pulak. Macam sekejap jer kan? Serius, training tu belum complete. Setiap tahun, memang looking forward untuk Ramadhan. Tapi, this year berbeza. Semangat lebih kuat. Rasa rindu makin dalam. Rasa cinta makin memekar. Sebab di hujung setiap harinya terasa bahagia. Sangat TRUE, kita hanya perlukan DIA untuk jadi setabah2 insan.
Dan, lately nih, masa terawih tu, ada ketikanya teringatkan dia, dia dan dia. Mata berkaca2 dah. Semoga mereka bertiga jugak berasa bahagia dengan kehidupan masing2. Ameen. Nama kalian sentiasa diulir dalam doa. Insya-ALLAH tak lupa.
Ya Rabbi, rasa berdosa sangat sebab tak betul2 fokus. Ya ALLAH, jika ibadahku penuh cacat cela dan tak sempurna, maafkanlah aku. Terimalah ibadahku, Ya Rahman.
Selalu jugak terngiang2 kata2... "Dilla, rasakan DIA di hatimu... ALLAH itu sangat dekat denganmu, malah lebih dekat daripada urat nadimu! Cintailah hanya DIA kerana DIA sangat mengasihi dirimu..."
Hmm, sayangnya nak tinggalkan bulan penuh keampunan nih... huhuhu...
Monday, September 14, 2009
Santai@Section 11
Huh? Seksyen 11? Kawasan hitam tu. Heh.
Tapi, semalam final decision kami - buka puasa kat Santai Kafe, Seksyen 11. Tu pun lepas dah pusing section by section nak pilih lokasi berbuka. Kafe tu kira okeylah. Lagipun dekat and senang nak terus gerak ke Masjid Negeri.
Hmm, cakap pasal Masjid Negeri, besh jugak terawih sana. Yelah kan, masjid besar nih lain sikit auranya. Last terawih kat sana 2 years ago kot. Kenangan katanya. Malam nih pun nak terawih sana jugak kot, insya-ALLAH.
So, semalam pecah rekod. Biasanya weekend sure takde kat Shah Alam. Tapi, semalam just habiskan masa meronda kat sini2 jer. Lepas setel terawih, window2 kat bazar sekitar kompleks PKNS. Tak beli pape pun sebab konsepnya cuma 'menonton'. Pastu, acara penutup - moreh french fries. Hehe.
Sunday, September 13, 2009
Sesak
Seyes, ramai yang amat manusia shopping kat Jalan TAR semalam. Pergh, tak larat bersesak2. Memang ala2 cobaan bunuh diri. Haha. Apa2 pun, alhamdulillah, barang2 yang kami cari - ada. Yelah, next week dah raya dah. Tu yang masing2 tak melepaskan weekend yang ada.
Jadi, bila bersesak2 tu, amik masa jugaklah kan. Kami berbuka dalam kereta jer - basahkan tekak dengan minuman dalam tin sebelum terus ke Bangsar untuk menikmati nasi lemak dengan lauk mewah. Cehh.
Rentetan dah berpenat2an semalam, hari nih kami nak buka puasa kat sini2 jer. Then, nak try terawih kat Masjid Negeri. Hmm, ada berani? :)
NOTE: Okies, nak sambung layan Nur Kasih. Sebak nih. Tadi pause jap, nak cover emosi. Heh.

Friday, September 11, 2009
Berbuka Bersama Rerakan
What: Buka Puasa Bersama Rerakan Opis
Where: Molek, Seksyen 7
When: Khamis, 10 September 2009 / 20 Ramadhan 1430H, 19:16
Hari ke-20 puasa, kami plan buka puasa reramai. Lokasi yang dipilih (setelah proses pemilihan sejak beberapa minggu lepas) bukanlah tempat yang kelass ala2 hotel. Tapi, kedai makan yang ok2 lah jugak. Kira havoc jugaklah Molek tu dengan kebisingan kami semalam.
Alhamdulillah, semuanya smooth jer seperti yang kami plan. Next year kalau panjang umur, kena goganize lagi nih. Untuk kenangan hari tua. Cehh. Serius, diorang nih memang sempoi. Jom, tengok gambar pulak. :)

--------------------------------------------------------------------------
What: Bowling Lepas Buka Puasa Bersama Rerakan Opis
Where: Ole-ole, Seksyen 18
When: Khamis, 10 September 2009, Lepas Isyak
Where: Ole-ole, Seksyen 18
When: Khamis, 10 September 2009, Lepas Isyak
Lepas buka puasa and setel solat maghrib + isyak, kami gerak ke Ole2 pulak. Sebab, ada yang dah tak sabar nak main bowling sampai tak sanggup tunggu lepas raya. Haha.
So, walaupun tak reti main, belasah sajerr. Sejak lahir sampai laaa ni, ini kali kedua main baling2 bola berat tu. Kali pertama, sehari sebelum puasa kelmarin. Dengan diorang2 nih jugak. Kalau tak, haram sampai sekarang tak reti main. Hehehe. Takpe, pengalaman pertama tu akan dikongsi later bila free. Sakit tangan sehhh. Heh.

Note: Text, captions and additional pics will be update later. Tak cukup masa. Kena block. Cehh.
Thursday, September 10, 2009
Jalan2 (Lagi) Buka Puasa
Semalam sempat buka puasa dengan rerakan gaban batch 98 kat Vicchuda, Damansara. Konsep maintain macam last year, buka puasa selepas berbuka (BPSB). Tapi, few of us decided nak berbuka terus kat sana, then sambil makan sambil tunggu yang lain sampai. Makanan dia marvellous tak hengat. I loiikkee.
Cuma semalam tak ramai yang turun. Tapi gelak2 besar maintain, macam ramai jer kaedahnya. Padahal 9 orang jer. Dah lama takde gathering macam semalam, tu yang semangat bergossip tu mencanak2. Haha. And the best part, diorang dah start plan program untuk reunion next year. Yeay. Hopefully, semua plan tu dipermudahkan. Ameen.
Yang tak besh, jalan agak congested and parking macam tak boleh blah. Tapi kira okeylah. Lapan kali jer pusing cari parking. *wink*
Hari nih ada jemputan berbuka puasa dengan rerakan ofis pulak. (Cehh, ayat jemputan tu bajet artis! Haha) Kurang lebih 20 pax akan join. Cane pulak ke-havoc-annya, kan? Gerenti bergegarlah Molek petang nih. Nanti snap2 tunjuk bukti. Hehe.
Owh, untuk acara gelak2 besar semalam takde gambar yang boleh share. Sebab ada orang dah pesan, amik2 gambar makanan nih katanya tak senonoh bak kata orang Johor. Tapi, ada gua kesah? :) Petang nih punya program, konfem ada gambar. Lalalala...
Wednesday, September 09, 2009
Window2 jer...
Hmm, cantikss date hari nih, eks? Cantik tak cantik sangatlah. Surelah ramai manusia2 yang sebok nak kawenlah, nak deliver babylah, nak tunanglah, nak macam2 lagilah sebab date hari nih cantik, kononnya. Bajet artis. Semua nak buat hari nih. Haih. In bracket, poyopos... :) Owh, bukan nak cerita pasal date in bracket pun sebenarnya. Jadi, ignore sajer.
Semalam lepas berbuka + solat maghrib, gerak pergi Jusco Bukit Tinggi, Klang. Tujuan sebenar nak tukarkan size Crocs Ariff Idlan yang beli kelmarin. Susah betul nak cari size tu. Kalau ada size pulak, design entahapa2. Hoho. Last2, tukar size besar terus. Sukalah budak comel tu, spiderman dapat, spongebob pun dapat.
Mula2 nak pergi sorang, tetiba ada follower pulak. Hehe. Nak shopping katanya. Okies jugak, at least meriah sikit. Tapi yang tak beshnya, cuma mampu tengok jer diorang shopping. Kemelesetan ekonomi. So, kena shopping yang penting2 jer dulu. Cehh. Tensen sehh. Dahlah sana sini sale. Terpsiko jugaklah. Nasib masih under control.
Fight, fight, fight!: Takpe, sabar Dilla... tunggu lepas raya nanti ek! Sekarang nih bawak2 lah window2 jer, okiesss! :)
Monday, September 07, 2009
Recharge 165
Alhamdulillah, kami berkesempatan recharge sabtu dan ahad lepas. Ala2 pergi servis hati la nih. Syahdu arr. Nak2 part dosa pada emak ayah. Then, part manusia suka meminta2 dunia walhal tak sepenuhnya cinta pada DIA. Tahu nak minta2 jer. Huhu.
Hari sabtu tu lagilah syahdu sebab 15 Ramadhan. Sayu dan rindu bila terkenangkan arwah. Kalaulah diberi peluang, ingin sangat jumpa dia di 'sana' kelak. Nak tutup semua kelompongan yang tak dilunaskan selama bersama hayat arwah. Menyesal tak jadi anak yang baik. Huhu.
The whole day kami join. Walaupun suhu dalam dewan training sangat2 sejuk. Tu bukan alasan untuk kami skip perjalanan program. Then, kami buka puasa bersama2 dengan trainers, peserta and of course alumni yang join angkatan 39 kali nih. Then, solat maghrib, isyak dan terawih berjemaah dalam dewan training - satu pengalaman yang baru. Teruja dan syahdu saling bergantian.
Ahad pulak, lepas habis program kat MATRADE kami singgah moreh kat Bangsar. Mata bengkak2 pun apa ada hal. Kan? :) Kami lepak chill kat port biasa - Nasi Lemak Famous. Superb!
NOTE: Syukur... I found deep happiness, spiritually. Feel stronger each day. Thank you ALLAH.

Saturday, September 05, 2009
15 Ramadhan
Genap 5 tahun, al-Fatihah.
Ya Rabb, ampunilah dosa2nya dan kasihanilah dia sepertimana dia mengasihaniku sewaktu kecil. Ameen.
NOTE: Bila waktu itu tiba, ingin sekali bertemu dengannya di sana. Sudah kangen.
Ya Rabb, ampunilah dosa2nya dan kasihanilah dia sepertimana dia mengasihaniku sewaktu kecil. Ameen.
NOTE: Bila waktu itu tiba, ingin sekali bertemu dengannya di sana. Sudah kangen.
Friday, September 04, 2009
Jalan2 Buka Puasa
Dah 2 minggu puasa, kejap jer kan. Hmm, teringat pulak hari pertama dan kedua puasa kelmarin. Punyalah excited, maintain steady sampai petang. First day tu sebab hari sabtu, kitorang siap berbuka puasa kat Bangsar then terawih kat sana terus. Konsep ala2 jejak rasul, nak terawih merata2 tempat la konon. Cehh.
Second day pulak sengaja memenatkan diri meredah Jalan TAR. Then, buka puasa kat Kg. Baru. Kitorang solat terawih kat masjid Kg. Baru. Hah, kali nih mencabar sikit. Sebab, imam dia Pak Sheikh dari Saudi. Tak musim arr surah pendek2 nih. Hah, masa tulah nak menguji tahap penyucian jiwa kita di bulan mulia nih... tak gitu? :)
Even jauh dari family, tapi tetap enjoy berpuasa dan berbuka dengan kawan2. Sama macam tahun2 sudah, kitorang sure berbuka sama2. Kalau weekend jer, kitorang memang suka berbuka kat luar. Selalunya kat Kg. Baru. Suasana dia lain sikit kot. Crowded, tapi kitorang layankan jer.
Esok tatau lagi plan berbuka macam mana. Yang penting, esok nak pergi recharge. Dengar2 ada solat terawih sekali dengan trainer. Alumni sure teruja. Dah lama takde training, rasa tak sabar pulak. Nak2 dalam bulan Ramadhan nih, konfem syahdu habis - jangan MATRADE banjir, sudahhh... :)
Wednesday, September 02, 2009
Superb weekend
Well, apa lagi yang lebih besh drpd dapat sama2 berpuasa dengan family, kan? Yang paling besh masa berbuka tuh, selera macam berganda2 jer. Bukan sebab juadah tu nampak marvellous ke apa, tapi sebab seronok lebih. Ye la kan, bukan selalu dapat berbuka sama2.
Last weekend ada kesempatan balik JB untuk puasa sama2 dengan orang rumah. (Owh, orang rumah di sini bermaksud mereka yang tinggal kat rumah family kat JB. Kena explain sebab nanti ada yang tersilap meaning. Heh.) Back to the story, tu pun rasa macam dah tak sabar2 nak balik JB sebab biasanya puasa pertama lagi dah sambut sama2 kat sana. Tapi, kali ni timing tak cun sangat kalau balik minggu pertama puasa. So, terpaksa la tunggu 2nd week.
Lepas buat budget lebih kurang, decided balik JB naik bas jer. Nak save RM untuk membazir raya nanti katanya. Heh. Sabtu pepagi tu dah terpacak kat 17. Dengan luggage besar, haha, macam jauh sangat jer destinasinya. Luggage tu penuh dengan barang2 hasil tangkapan masa pergi Bandung kelmarin. Berat whoaaa. And, of course, crocs spiderman Ariff Idlan paling penting. Sure budak comel tu suka sangat. Yang penting, dapat seat sebelah mamat cute. Tapi, puasa kan, kena la jaga perangai. Hehehe.
So, hari sabtu tu kitorang berbuka kat luar. Kat Taman Merdeka, nearby RTM. Personally, itulah kali pertama makan kat situ. Kak long selalu la kot. Mama pun pernah jugak rasanya. Hmm, makanan memang banyak tak hengat. Sampaikan fenin nak pilih menu yang mana satu. Plus, ramai sungguh yang berbuka kat situ. Crowded tahap gaban. Dah ramai2 macam tu, rasa meriah la pulak.
Ariff Idlan seperti biasalah. Seronok sangat sampai takleh duduk diam. Hehe. Nasib comel. Pakcu layankan ajelah. Orang sibuk nak balik, dia sibuk nak tengok ikan besar. Haih, rindu sehh kat budak comel nih. So, nak say terima kasih banyak2 kat Kak Long & Abg Rushdi sebab belanja kitorang that day.
Dan tak lupa, happy belated birthday to my bro, Farid. Hopefully, dia happy selalu dan sentiasa di bawah lindungan-NYA. Ameen. Cun sehh jam baru tu... :)
Owh, dan lagi satu... salam merdeka 52 tahun! Tengok cerita Hati Malaya tu, rasa sebak pulak... SAYA BERTERIMA KASIH DAN BANGGA DENGAN PERJUANGAN PERWIRA BANGSA! XOXO!
Last but not least, welcome dear SEPTEMBER! :)

Subscribe to:
Posts (Atom)