Tuesday, February 24, 2009

Terlewatkan


Mendengar bait2 lirik dalam lagu Yang Terlewatkan - Sheila On 7, ada banyak situasi yang terkait sama. Lewat memang hakikatnya negatif. Sesuatu yang sinonim berakhir dengan kekesalan yang tiada arti. Sesuatu yang kalau boleh mahu saja dielakkan.

“Sesal dulu, pendapatan. Sesal kemudian, tiada gunanya.”

Secara peribadi, hal lewat ini selalu dipandang remeh. Kadang2 terfikir jugak. Kadang2 sengaja tak nak fikir. Kadang2 tak pernah rasa nak fikir pun. Bukan tak nak pening2 fikir, tapi, sifat ego selalunya lebih beraja dalam diri. Yep, sifat ego itu memang tersendiri dan pasti wujud dalam diri setiap manusia.

Lewat dalam banyak hal. Lewat makan sampai dapat gastrik. Lewat tido. Lewat bangun. Lewat datang class. Lewat punch card. Lewat balik. Lewat isi borang. Lewat servis kereta. Lewat bayar hutang. Lewat bayar bil. Lewat siapkan keje. Lewat pulang buku kat library. Lewat hantar assignment. Lewat reply emel. Lewat jawab call. Lewat reply SMS. Lewat buat decision. Lewat study. Lewat update blog. Pendek kata, terlalu banyak yang terlewatkan.

Paling menjelikkan, lewat solat. Tapi, still ego dan kalau sedar pun hanya bersifat sementara. Insya-ALLAH, lewat yang satu ini akan sentiasa cuba diperbaiki. Ya RAHIM, lupuskanlah sifat jelik dalam diri ini. Amin.

Berbalik pada lirik Yang Terlewatkan - membuatkan hal lewat yang lain singgah jugak di kepala. Hal2 lewat yang selalu ditakutkan - ada tiga hal lewat yang paling membekas.

Bait2 indah yang dilontar lunak vokalnya oleh Duta, lebih menyentuh tentang hal2 cinta sayang manusia kepada manusia. Dan secara peribadi, hal ini memang selalu sengaja diremehkan. Sifat malu lebih dipentingkan. Akhirnya, sesal.

Terlewat meluahkan rasa - cinta, sayang, kasih, rindu. Menyatakan rasa sayang itu perlu. Malah, seharusnya sifat cinta dan sayang itu tidak terbatas hanya kepada kekasih. Sifat itu universal. Mama jugak perlukan kata-kata sayang. Papa, kakak, adik, abang, kawan baik, kawan-kawan pun tak terkecuali. Apatah lagi, sayang pada Maha Pencipta.

Kalau rindu, just say it. Yang penting, rasa itu ikhlas dan tak disalahertikan. Jangan sampai kita terlewat nanti dan terlepas peluang untuk meluahkan kata-kata indah itu.

Terlewat menghargai. Kata-kata penghargaan pun penting. Ucapan ringkas ‘terima kasih’ sangat bermakna kepada penerima. Biarlah berulang kali kita sebut pada orang yang sama sebagai tanda kita menghargai keistimewaan dia sebagai manusia. Jangan sampai terlambat nak ucapkan terima kasih.

Ada seorang kawan pernah tanya, “Beb, dalam SMS ko selalu TQ kat ending text. Nak TQ apa? Aku tak buat apa2 pun lagi, ko dah say TQ?”

Err... tak salah kan? At least, berterima kasih atas masa dan usaha seorang manusia lain untuk baca text yang kita hantar. Yelah, beda kehidupan setiap manusia tu sangat sukar diramal. Ada yang sentiasa sibuk dan terpaksa curi2 masa untuk baca text SMS merapu drpd kita. Jadi, apa salahnya berterima kasih, kan?

Tak kira dalam apa jugak situasi, jangan lupa say thank you - the magic words. Perasan tak, bila kita cakap terima kasih kat sumone, orang tu akan nampak lebih happy? Dan, perasan tak, bila orang berterima kasih pada kita, kita akan suka nak tolong dia lagi? Awesome kan...

Terlewat meminta dan memberi maaf. Ada masa, kita sangat ego dan susah sangat nak mintak maaf. Berat mulut nak say sorry walaupun kita tahu dan sedar banyak buat salah. Sama jugak dengan nak maafkan orang lain. Sumtimes, rasa macam susah nak maafkan orang.

Sebaik-baiknya, kita maafkan sesiapa jer walaupun dorang tak mintak maaf. Lagi senang. Tak terbeban perasaan. Dan, sifat ego seharusnya ditundukkan. On the other hand, jangan malu pulak untuk mintak maaf. Tak susah pun sebenarnya.

Ada sorang kawan selalu pesan dan ingatkan, “Malam before tido, try to maafkan semua kesalahan orang lain pada kita. Let go semua perasaan marah. Kita akan lebih rasa lega.” – thanx ya! It works! :)

Tapi, jangan sampai ada yang amik kesempatan pulak. Fahamilah, maaf itu terlalu indah nilainya. Jadi, hargailah makna dan keindahannya.

Cinta, sayang, rindu, terima kasih, maaf... ucapkan, luahkan, jangan tunggu lagi. Kerna esok belum pasti!

Cinta, sayang, rindu, terima kasih, maaf... harap masih belum terlewat lagi! Amin...


Yang Terlewatkan by Sheila On 7


Ke mana kau selama ini?

Bidadari yang kunanti
Kenapa baru sekarang kita dipertemukan?

Sesal takkan ada arti
Kerna semua telah terjadi
Kini kau telah menjalani sisa hidup dengannya

Mungkin salahku melewatkanmu
Tak mencarimu sepenuh hati
Maafkan aku

Kesalahanku melewatkanmu
Hingga kau kini dengan yang lain
Maafkan aku

Jika berulang kembali
Kau tak akan terlewati
Segenap hati kucari di mana kau berada

Walau kuterlambat
Kau tetap yang terhebat
Melihatmu, mendengarmu
Kaulah yang terhebat






NOTA:
Terlewatkah aku???

Wednesday, February 18, 2009

Bling, bling


At the moment, apart from thinkin (sooo much) bout my lil darling, I think bout MONEY. Ahaks.


Seriously, I need more bucks in the sack. So, people, don't juz read. Donate. Haha, juz kidding - obviously! Muahahahaha.

But hey, really, I'm broke. And, surprisingly - I'm happy. Haha.


Idlan darling, auntie mish u so much. Sob-sob-sob.