Saturday, January 31, 2009

Omedeto, Ma!


Hari ni birthday my lovely and pretty mama (*wink*). Selamat ulangtahun, ma. Omedeto ne, okasan! OMG, I love her sooooooo much! And, it is more than just those words. Yep, it is.

Ma, sambal terung hari tu sangat sedap. Tak sama macam kat sini. Asam pedas mama memang superb. Sambal udang pun awesome. Kupang hari tu pun teringat2 sampai sekarang ni. Macam tahu2 jer kak ngah teringin nak makan kupang. Balik2 jer, mama masak kupang. Heaven sehhh. Tak sabar nak balik lagi.


Hari tu mama kata, jangan sedih2 lagi kan? Okies, kak ngah dah tak sedih dah. Thanx, ma.


Ma, aishiteru ne! xoxo! :)


Lovely moment : 7.7.77

Mish those hugs!

Back then in 1992





Note:
Walaupun kita jauh, tapi kita tetap dekat.

Thursday, January 22, 2009

Mish them all...


Hey peeps. Lama tak blog. Busy sikit lately. Hari ni baru boleh layan blog lama sikit. If not, setakat view ala kadar jer. Actually, banyak perasaan yang indah2 happened lately. Kadang2 rasa nak share dengan orang lain, tapi stuck with words. Terlalu excited sampai tak reti nak describe. Rasa indah jer. Senyum. Happy. Sekarang pun rasa besh jer.


Rasa besh tu dah start a few months ago. Masa dapat gather balik dengan ex-schoolmates. Kurang lebih 10 tahun tak jumpa beb. Mana taknya rasa besh, kan? And, rasa tu jadi lebih besh bila selalu dapat jumpa diorang. And, jadi lebih-lebih-lebih-lebih melebih-lebih beshnya bila diorang plan nak buat reunion. Harus la setuju sangat2 kan.

So... last weekend, join reunion SSIJB (school of roxx! ahaks...) batch 1998. Dah lama tak gather macam tu. It's bout 10 years after our school days. Personally, memang sangat excited dan tertunggu2 hari reunion tu. Alhamdulillah, akhirnya apa yang dirancang menjadi kenyataan.

Even tak ramai yang dapat join, tapi tetappp besh and happening. Tak kesah sangat pasal kuantiti tu, yang penting quality time yang kitorang share selama 2 hari kat PD tu. Terimbas balik kenangan2 nakal masa kat sekolah dulu. Bak kata Apek, 'ingat2 kembali' (chehh, ala2 skema gitu). Masing2 dengan cerita tersendiri, memang kelakar. Terasa friendship bond sangat kuat dalam diri each and everyone of us.

We shared our stories and laughter just like back then in 1994 till 1998. Cuma bezanya, masa dan usia mematangkan masing2. Ada yang dah happy dengan family masing2. And, personally rasa happy sangat tengok semua success dengan keje and life masing2. Seronok sangat. Nakal2 pun tak sampai mensia2kan hidup. I'm very proud of them, seriously.

And, hari ni jugak baru dapat chances tengok gambar2 besh masa kat PD hari tu. Semua pixta cun2 belaka (clap2 to Sham 'the photographer'). Rasa tak puas view. Try download tapi file besar sangat kot. So, sumtimes stuck. Tapi takpe, yang tu boleh adjust later. Yang penting, each pixta tu menzahirkan setiap emosi yang dirasa. Gambar2 tu menceritakan setiap detik yang pastinya indah. Moments yang tak mungkin luput dari ingatan. And, for sure menjadi sangat2 manis untuk dikenang2. Ala2 cerminan sebuah kisah klasik untuk masa depan (chewaaah!).

Time nak balik tu, perasaan ni bercampur2. Masa salam2 dorang, macam ada rasa berat kat hati. Sebak kot. Tapi, memang control habis. Haha. Bila sampai rumah, terus rasa macam 'rindunya kat diorang...' Yep, I REALLY MISH THEM ALL! Tapi nak buat cane kan. Masa dan keadaan tak sentiasa mengizinkan. Hopefully akan ada the next one, soon. Yup, harap2 sangat. Pada korang yang tak dapat join, takpe. Maybe takde rezeki for this time.

**Whoopss, lupa lak nak mention. Pix kat bawah ni bukan official pix 'the photographer' yer. Ni koleksi gambar yang hanya disnap menggunakan camera 8MP jer. Tidak secanggih SLR tuh. Heh. If nak view pix yang lebih cun tahap dewa, silalah ke blog SCHOOLOFROXX yer. Makasih.



Note: Guys, love ya all. Lots.

Monday, January 12, 2009

Dilla bila demam...


End of last week lagi dah terasa aura virus tu nak datang. As expected, Jumaat malam tuh tertewas jua akhirnya. Heh. Bukan tak suka. Tapi kaedahnya, cik Dilla nih bila demam... haih... susah la nak cakap. Memang jarang2 demam. So, bila sekali kena tu, memang lambat nak ok. Time nih mulalah...
  • rasa macam nak balik JB (dan2 jer kan...)
  • rasa besh jer if mama ader kat sini (boleh massage2 + masak porridge!)
  • takleh sleep2 (stres, whoa... flu!)
  • terover melayan perasaan (macam2 benda pop up kat mind)
  • sensitif melampau (rentetan melayan perasaan tadilah...)
  • berangan tak hengat (nih kadang2 jer --> beshnyer if ader BF doctor.. haha)
  • rasa nak makan macam2 tapi sure turn out sebaliknya (hisy... tak suka betul)
  • bila makan pulak... sure kuar balik (faham2 jer lah... hehe)
  • tak selesa nak keluar (walaupun jiwa raga gue meronta2 nak keluar... heh!)
  • berminggu2 flu tak baik (nih yang paling sensitif nih... hoho...)
  • suara pun dah lain... (hisy, tulen bang... haha.. tapi tetap minum ais kay...)
  • addicted nak makan ubatttt (berpapan2 panadol pun ok sajerrr!)
  • takde mood nak buat keje (alaa... banyak keje whoaaaa...)
  • keserabutan melanda... hoho...
Sekarang nih tengah risau. Weekend nih nak berpoya2 bersama rakan2 kat PD. Frust jer if still tak ok lagi. Bersungguh2 makan ubat nih. Hehe. Can't hardly wait for the gathering thingy! Yeay!




Note: Esok birthday Fahrul. Happy birthday, lil' bro! :)

Monday, January 05, 2009

Anak Dara Dua Sebilik


Semalam, decide nak ikut Kak Molee balik Kuala Selangor. Besides nak visit pak cik and mak cik, sajer nak tengok kambing yang pak cik baru bela. Hehe. Sebab aritu tengok video kat hp Kak Molee, kambing2 tu comel2 jer. Teringin nak tengok live. Hahaha.


Seperti biasa, selain aktiviti lepak2 kat buaian bawah pokok ceri and bergurau senda dengan kambing2 tu (chehh...), petangnya kitorang pegi Pantai Remis. Memang tak pernah pegi situ. Agak excited sebab before this Kak Molee selalu cerita pasal fresh seafood yang banyak jual kat situ. Kerang, kupang, kepah, lala... banyak yang type2 kerang2 macam tu la. Macam2 nama ada.

Nama yang baru first time dengar is 'anak dara dua sebilik'. Heh. Kelakar seh. Hmm, siapa la yang bagi nama tu kan? Err, anak teruna dua sebilik takde la pulak eks. Haha. Owh, lupa pulak... remis pun ada. That's why la nama tempat tu Pantai Remis kot. Rasanya semua peraih yang bisnes kat sepanjang pantai tu turun sendiri untuk kutip kerang2 tu. Menariks.

Kat pantai tu tak boleh mandi. Tanah selut and air kotor. Tapi, ramai orang main layang2 kat situ. Ingatkan tak ramai orang datang situ. Tapi semalam crowded jugak. So, kat situ kitorang just strolling, snap2 picta, tengok umang2 and makan kerang bakar. Sajer chill2 and mengisi masa lapang. Hehe. Hajat di hati nak makan kupang rebus or kupang bakar, tapi takde pulak. Bukan musim kupang kot. Kuciwa. Favorite tu... (huhu!)

Next time, tak kira, nak makan kupang pulak! Boleh kan, Kak Moll? Hehe.



Kak Moll pilih nangka. Ooops, I dun eat nangka.

Mother & daughter... :)

Tak sabar nak makan kerang bakar kat kedai depan tu.

Let's go green. Hehe.

Mak cik kerang la nona... :p

Cantik kulit kepah nih. Kilat2.

Kepah lagi. Close up.

Yang ni... 'mentaram'.

Budak2 kat belakang tu tengah main layang2.
Style jer. Nasib tak reti. If not, join sekali. Heh.

Let's kite...

Umang2 yang berlagak siput. Haha.

Sajer dengki umang2 tu. Block jalan dia. Hehe.

Banyak tak hengat cengkerang2 kat situ.
Macam tak nampak pasir dah. Semua kulit2 kerang...

Eh, macam ada yang enterframe pulak?

Hmm, macam ada sesuatu jer tanak pusing depan nih? Hehe!

Selut... eeuuwwwwww!!!
Dill tau kenapa Kak Moll posing senget... :p

Haa... ni la 'anak dara dua sebilik'. Cute.

Close up. Hmm, relevan ke nama tuh? Hoho! :)




Note: Last week 2 kali ulang-alik SA-JB-SA-JB-SA. Selang sehari jer pulak tuh. Penat jugak. Tapi, lega sikit. At least, dah settle. Hmm, I do mish JHF now. Sorry, but I have to let you go. Huhu.