Wednesday, June 16, 2010

Kick the ball!

Kecoh musim world cup pulak sekarang nih. Sana-sini jual jersi. Sana-sini makanan2 hensem bergaya dgn jersi. Haha. Pastu sana-sini pacak skrin besar kat padang. Besh jugak sesekali layan tengok ramai2 cenggitu, kan? Hmm, idea tu. I-City belakang umah pun meriah katanyer. Nanti nak try test lah! Heh.

Tak kesah la, siapa menang. Kita support Brazil dan Japan sahaja. BRAZIL dan JAPAN. Sahaja. Yeah!




NOTE:
Sabtu ni, family day kat Lost World of Tambun. Can't wait! :)

Tuesday, June 15, 2010

KB: lihat, dengar dan rasa


Photos taken from Asma Aalia's Facebook

Photos by Pinky iXus

Alhamdulillah, semuanya ok2 sajer. Kita dah pun balik dari KB dan masuk ofis untuk teruskan keje2 yang sentiasa penuh atas meja. (Encik keje, saya cinta kamu!) Owh, macam ayat yang kita cakap pada Kak Warda semalam ~ I love my job, now. Hakikatnya, ayat kita tu salah. Wakaka. Sengal. Owh, maksud kita bukan statement tu salah. Supposed ayat tu jadi macam ni ~ I love my current job. Haha. Sunggoh sengal.

Tapi, dorang macam taded yang tegur jer. Kita pun buat tak tahu jer. Padahal dalam hati, kutuk2 diri sendiri. Haha. Takpelah, jarang salah cakap. Sekali sekala apa salahnya, kan? Haha. Yep, kita memang sayang keje sekarang ni. Kalau tak, taded kereta, taded rumah sewa, taded makan2 sampai pengsan, taded maxis nak bagi kita cakap lelama kat telefon nokia tu. Maknanya taded fulus, taded la life yang hepi mepi nih. Heh.

Okies, dah setel merapu pasal keje. Now, nak cakap pasal KB pulak. (Haa, penggunaan 'now' kali ni betul. Serius. Hehe.) Last weekend, kita ikut Kak Warda balik kampung dia. Ini pertama kali kita sampai kat KB. Tak pernah okk sejak lahir ke dunia ini. Fuhh, ternyata berbeza dengan apa yang kita selalu imagine pasal KB ni. Totally lain. Serius.
Mula2 macam tanak pegi, tapi kita nih memang spesis yang suka nak tengok, dengar dan rasa culture orang lain. So, lepas dah fikir2, kita decide mahu ikut sajer. Lagipun sajer nak tukar angin. Nak redakan jiwa yang kacau pun ye jugak. Dan, kita rasa jalan2 mencari makna setiap sudut indah ciptaan Yang Maha Esa memang terapi yang baik. Kan? :D

Journey kali nih tidak bermotif jalan2 suka2 sajer. Kita pun tolong2 sibuk memeriahkan majlis ijab kabul Kak Tasnim. Dia sepupu Kak Warda. Dan, kita kenal adik dia, Lina. Seronok giler. Dah lama tak rasa suasana kenduri-kendara kat kampung macam tu. Paling tidak, riuh rendah macam tu masa hari raya. Yelah, kena tunggu adik2 or kazen2 kita naik pelamin kot baru dapat rasa macam tu. (Kita? Lambat lagi rasanya. Heh.)

Jumaat, rewang2. Petang tu sempat pegi jalan2 kat KB. Sabtu, perantin bersanding. Malamnya, jalan2 Wakaf Che Yeh. Ahad pulak, pegi Besut ikut rombongan perantin perempuan ke rumah perantin lelaki. Kalau kat Johor dorang panggil majlis bertandang atau majlis jemput menantu. Giler besh, rumah perantin lelaki tu betul2 tepi laut. Sangat jeles okkk. Hehe. So, on the way balik ke KB, kitorang drop by kat Tok Bali. Subhanallah, what a beautiful beach! Sangat mengujakan. First time jugak pegi beach dengan sunggoh sopan, berbaju kurung bagai. Haha.

Satu lagi momen peribadi yang awesome ~ lurve it! Thanx to Kak Warda + family. I heart u, lots! :D


Photos by Pinky iXus


Saturday, June 05, 2010

Tanya, kalau nak.

Kejap jer dah bulan enam. 2010 tinggal half jer lagi. Tapi, misi 2010 belom berhasil. Haih. Mana taknya... asyik sibuk keje, FB, YM, bla, bla, bla... Hmm, takpe, relax and go with the flow. Hehe.

Hah, sekarang nih nak try sibuk yang lain pulak. Nak main jawab2 soalan. Hah, nanti tanya kat sini eks. Kalau ada yang nak tanya la... kalau takde, ada mak kesah? :D

Mana la tahu kan ada yang tak puas hati ke kan... nak tanya "Apesal ko ni kekwat sgt eh?" Haa... silalah ya. Insya-ALLAH, pasti ada jawapannya. Hehe.

Okies, sekian. TQ! :D

Sunday, May 30, 2010

Sunburn


Hari ni turun bagi sokongan kat team soccer + tarik tali pulak. Kali ni, rezeki tak memihak team Alaf FC + Karya FC eventho dorang dah berjuang sehabis2nya.


Tapi, congrats untuk game tarik tali. Tarantula (nama team kitorang) dapat tempat naib juara. Ok la tu kan. Kelmarin, nasyid menang RM400. Pastu, netball menang RM800. Tarik tali top up another RM300. Jadi... ada la party2 kan? kan? I loiikkee!


Fuhh. Panas terik. Sunburn uols. Tapi rasa lega. Sebab dapat jerit kuat2. Yeay! :)


Plus, dapat cekodok-kan Baein dengan jayanya. Dia sure ingat kitorang lupa arini birthday dia. Owh, tidak. Weehoo!


Sunday, May 23, 2010

Hamm... hamm... hammbekkk!


Seminggu dua ni memang huru-hara sikit. Busy ke hulu hilir update project t-shirt. Haha. Kat ofis pulak tgh layan musim sukan2. Ada sukan inter-division ~ Road to Karangkraf 2010. Tu yang sibuk nak nego biar t-shirt cepat siap. Barulah ada semangat team ofis nak berjuang. Yang penting... gaya, mutu, keunggulan. :D


Hari ni ada game untuk team netball + badminton. Next week, soccer + tarik tali pulak. Team Hammbekkk! (nama team netball kitorang) bersemangat giler pagi tadi. Ye la kan... dah berapa minggu dorang turun training. Lepas keje pukul 6 jer masing2 dah ready nak kena jerit ngan coach yg garang. Oooppss, cikgu Faizal ~ uols mmg coach terbaekkk lah!

Jadi, hari ni hari penentu. And, t-shirt pun alhamdulillah siap semalam (canteqs, kitorang sukaaa!). So, kami memang sgt bergaya hari ni. Hehe. Semangat pun membara semacam jer! Even ai ni tangan bangku, tp ai turun jugak uols. Cheerleaders ala2 'Bring It On' katanya. Jerit2 bagi sokongan moral kat kawan2. Plus, jadi babysitter okkk. Ai loikkee... :)

And, terbukti team Hammbekkk! memang superb. Juara tu beb! Congratulations kat team netball eks. Walaupun game berlangsung masa matahari tengah terik yang amat, tapi semangat dorang berjuang sehingga ke peluh terakhir tu, sangatlah mengagumkan. Tabik spring kat korang! Hamm... hamm... hammbekkk!

Lepas habis game netball, support team badminton pulak. Dorang pun power jugak. Tapi sayangnya nasib tak menyebelahi dorang. Sampai suku akhir jer. It's ok, it's orait, come on bebeh fight, fight, fight! Takpe, korang still ada masa lagi nak terus berjuang. Next week, soccer + tarik tali... korang belasah all-out okies! :p

Selain tu, sibuk jugak dengan agenda tepung tawar celebrate birthday kawan2. Hmm, ramai pulak birthday bulan May nih. Jadi, schedule tepung tawar mmg agak pack. Lepas sorang, sorang. Tapi, awas! Yang tak kena lagi tu, jgn ingat korang terlepas eks. Haha.

Masa training soccer aritu, Epit dah kena. Hari ni, turn Kak Wan. Lepas semua game habis, Kak Wan pun selamat di-cekodok-kan. Ampunkan kami, Kak Wan! Hahaha. Next, ramai lagi nama dlm waiting list nih. Harap bersabar ya. Haha.

Seperti biasa, jom view gambar. And, insya-ALLAH jumpa lagi next week kat game soccer pulak. Adios.



Thursday, May 13, 2010

Pemuja Rahasia II


Jun tahun lepas, pernah blog pasal dia. Pasal jatuh cinta dengan coretan nota2 kecil dari hati dia. Pasal keterujaan nak menaip emel untuk dia. Pasal keinginan nak berkomunikasi dengan dia. Dan, pasal hati yang berbunga2 macam tumbuh pokok tulip lepas terima emel balasan dari dia.


Sampai hari ni, masih baca coretan2 blog dia. Dan, masih suka dengan tulisan2 dia. Serius, cara dia express feelin thru words memang super kewl. Salute-lah!

Masa baca salah satu coretan dia, tetiba rasa jeles. Sebab tak reti nak tulis secantik coretan dia walaupun kongsi rasa yang sama. Hmm.


Lewat notanya, dia bicara...



Setiap hari kau berharap untuk memati-kan kekosongan dalam hidup kau.

Setiap hari kau kata, hey, look, I am going to find it, I'm very close to it.

Kau keluar, kau merayap, kau melata, dan akhir-nya kau kembali juga dengan satu perasaan.

Hampa.



Ey, samalah kita. Rasa macam tu jugak. Hmm... :D




NOTE: Takde bakat menulis macam dia kot, haih.

Thursday, April 29, 2010

Happy. Happy. Happy.


I dun really get it. But I do feel good at this moment. Real good. Alhamdulillah. Dada rasa lapang jer. Hmm, stres pun hilang. Yang paling besh, benda2 yang buat hati serabut, yang buat jiwa kacau sebelum2 nih, macam tiba2 takde ~ GONE. Awesome.


Rasanya betul la kot. Pernah terbaca satu buku motivasi nih. Writer tu kata, kalau kita tengah kusut, cuba balik rumah mak ayah kita. Rumah kat mana kita membesar. Pastu kenang balik zaman kita budak2. Zaman sekolah, zaman kita enjoy main baling selipar dengan kawan2. Zaman kita seronok naik buaian.

Plus, kita tengok puas2 orang yang kita sayang. Tengok muka mama kita. Tengok muka kakak, abang, adik kita. Ada happiness kat situ. Tak caya, korang cuba. Memang lega... :)

Owh JB, thanx a lot!



Ariff Idlan: Part of my happiness, of course!



NOTE: Sangat suka main buai. That's why selalu hilang masa jogging. Pegi cari buaian.